Bila hati gundah, jiwa gulana.
Bila otak kelam, pemikiran kabut.
Bila penglihatan gelap, pemandangan gelita.
Aku sedih. Kau yang paling rapat dengan aku. Kau yang paling kenal aku. Kau yang paling tahan dengan aku. Tapi kau jugalah yang paling aku tidak kenali. Kau jugalah yang paling aku rasa jauh. Kau jugalah yang paling aku tidak berkomunikasi.
Sikap kau yang tidak menerima lagi. Sikap kau yang tidak mendengar lagi. Sikap kau yang tidak mengendah lagi. Dan yang paling teruk, sikap kau yang terlalu mengongkong. Semua itu yang membuatkan aku makin berahsia dengan kau.
Ampunkan aku terlalu berahsia dengan kau. Ampunkan aku kerana tidak meletakkan kau di teratas sekali. Masakan aku petah. Kau buang aku jauh dari kau. Tapi kau tunding jari pada aku.
Aku bingung sekarang. Aku sesak! Aku serabut. Aku mintak maaf pada semua kerana masalah aku dgn si dia berkesan pada yang lain. Ada hikmah aku ke Lumut. Tuhan bagi peluang pada aku untuk tenangkan pikiran yang kusut kerana masalah yang hanya sesemut.
Betul kata kau anakitik. Aku terlalu fikirkan sangat sesuatu hal. Keadaan sekeliling mensesakan nafas aku.
Maafkan aku. Aku bersalah. Aku serabut mungkin kerna aku masih sayangkan kau dan takut kehilangan kau tapi ingin kehilangan kau.
Aku tamak. Semua aku nak. SEMUA.
Kata-kata maaf memang sangat senang diucap. Tapi yang pasti, aku ikhlas dan rasa bersalah. Lepas ni, apa nak jadi, aku redha. Kau nak buang aku, redha. Kau masih ingin aku, ubahlah.
Nanti aku hubungi kalian. For the mean time, I need my time. Need my space.
Dan kau, tolong jangan ganggu aku buat masa sekarang. The last thing I need to hear is from you.
Aku pusing!!
ngeng.
No comments:
Post a Comment