Saturday, March 13, 2010

Checkmate.

Telefon bimbit berbunyi "ting tong". Ku sangkakan orang yang aku sedang bersms yang reply. "Cepatnya ?" dalam hati. Berdebar jantung, lemah lutut, pitam pemikiran bila lihat nombor kau yang terpapar di skrin. Wah kau jagohan bajingan. Setelah lama aku tidak kau hubungi, baru hari ini kau mahu tanya kabar ? Di saat aku sudah mahu pulang ke tempat mu esoknya ? Bijak kau susun caturan. Apa yang kau mahu dari aku ? Apa kau sangka dengan memberi aku sms yang hanya ada dua perkataan "wat pe." , aku akan tersenyum riang dan reply ? Mengenali seseorang seperti kau mengajar aku untuk berpikiran realistik dan tidak bersandar pada "wishful thinking" atau "positive thinking" semata-mata. Aku sudah mengikat janji. Bukan pada kekasih, tapi pada diri sendiri. Aku tekan "delete" pada sms kau. Ahh apa pun aku buat bukan kau kisah. Kenapa perlu bukan? Mari kita lihat sejauh mana percaturan kau pada aku akan berjaya. Selagi tidak memenuhi apa yang sepatutnya hak aku, kau aku diamkan sahaja.




ngeng.

No comments:

Post a Comment