Monday, April 19, 2010

I refuse your denial.







Sepi. Kini aku sendiri. Hilang bahu untuk mengadu. Bukan satu, tapi dua. Sedih. Ingin menangis, patut kah aku ? Seolah-olah meratapi sesuatu yang hakikinya bukan milik ku. Aku tidak ditipu. Tapi mengapa aku rasa begitu ? Mata jadi kuyu. Bukan mengantuk, bukan tiada mood. Tapi menahan dari air mata keguguran.


*Hati sudah banjir dengan air mata*


Aku mengerti kau masih berduka kerna yang lama. Barangkali, dia tempat kau bermanja kasih. Tapi apa ertinya ?


Aku ingin kelihatan tenang. Nyata aku tewas. Emosi seakan-akan merasuk aku, hilang segala rasional. Terasa ingin cepat beredar khuatir kalau-kalau wajah ini membongkar segala apa yang aku rasa. Aku enggan menzahirkan apa yang terbuku kini di dalam hati. Kepura-puraan terpaksa aku lakonkan demi mengelakkan ketegangan.


*melutut lemah*


Aku akur. Aku mengalah. Kita sahabat. Kalian tidak !



*cukup ! *


Tidak perlu penafian. Aku jelik mahu dengar. Cukup dengan apa aku lihat, cukup dengan apa yang aku eja pertuturan abjadnya. Aku tidak marah. Aku redha. Aku sedar siapa aku. Izinkan aku untuk mengundur diri, membenarkan kalian mengecapi kebahagiaan yang kalian punya. Jangan risau tentang aku. Melihat kalian bahagia sudah cukup bagiku. Aku tidak ingin menumpang kasih. Aku sedar aku punya kasih sendiri yang patut aku hargai.



Aku mampu untuk pura-pura. Pura-pura apa ? Pura-pura menerima walaupun hakikatnya, aku sendiri yang terasa. Tidak, aku bukan people pleaser. Aku cuma enggan mengambil sesuatu yang bukan aku punya.










ngeng.

4 comments:

  1. are you okey der??
    btw u suker fynn jamal ekh??
    i like her song lah.
    sampai tua. =)

    ReplyDelete
  2. honestly, not okay at all. takpe. i'll survive. aah benda kecik je. tak mati lah tak dpt.


    fynn jamal ?? suke. tp takde lah die hard sgt. suke bace blog die dgn puisi2 die je..lagu tak pernah dgr lagi. best ke ? mane nak search ?

    ReplyDelete
  3. chill lah. risau plak aku ko niee.
    if ade ape2 kitorg ade taw..
    aku cm suker lah lagu sampai tua tue.
    dkt blog dye ade. try ar dgr.

    ReplyDelete
  4. okok. tp die ade dua blog. blog mane yg kau ckp ni ?

    ReplyDelete