Perempuan memang lemah dalam bercinta. Kenapa ? Ini antara contoh kisah sebenar yang aku boleh paparkan. Nama adalah rekaan samaran.
Kes pertama, Mira punya kekasih, Amir. Baru sebulan dua memutik cinta. Datang Taufiq memikat hati. Mira jatuh cinta. Tinggalkan Amir yang separuh mati berkorban segalanya untuk Mira. Taufiq ini pula seorang yang kaki control. Suka marah-marah. Mira dari punya kehidupan sendiri, tapi korbankan segalanya dan abdikan diri pada Taufiq. Saban hari bergaduh tapi Mira tetap bertahan. Sayang katanya. Amir tetap berusaha memikat hati Mira kembali. Macam-macam Amir buat. Segalanya dia korbankan. Tapi Mira tetap pilih Taufiq. Diasanggup telan segala pahit, layanan gampang, demi sayang. Sayang atau bodoh ?
Kes kedua, Nini dan Anas baru berpisah. Bukan sebab orang ketiga, tapi sebab sebab peribadi yang tidak dapat dijelaskan. Perpisahan itu atas permintaan Nini. Anas tidak dapat menerimanya. Separuh gila dia jadi, tapi Nini tetap dengan pendiriannya. Setelah beberapa lama, Nini ingin kembali ke Anas. Dan Anas memberi peluang kedua kepada Nini dengan syarat, segalanya mengikut cara Anas, apa yang Anas kata. Nini terima walau pahit. Saban hari dia cuba memikat hati Anas semula. AAnas memang seorang yg baran. Hari2 Nini telan segala maki hamun Anas samapai satu tahap, Nini sudah tak tahan lagi. Tapi Nini tetap bersabar kerana dia yakin bahawa satu hari nanti, dorang akan jadi seperti dulu semula. Sehinggalah satu hari, kawan Anas yang simpati pada Nini kerana dilayan macam anjing, membritahu bahawa Anas sebenarnya sudah punya kekasih baru. Anas tipu Nini selama ini. Apa niat Anas, Nini tak tahu. Anas mengakuinya. Tapi dia pujuk Nini. Dia inginkan NIni sebenarnya dan dia hanya perlukan masa untuk tinggalkan kekasih barunya itu. Anas janji akan tinggalkan. Nini jadi cair. Lembut hati semula. Niat untuk undur diri tergendala. Walaupun dicaci maki hari hari, dilayan macam buruh kasar, Nini tetap bertahan, demi sayang. Sayang atau bodoh ??
Aku kata bodoh.
ngeng.
pergh phye .
ReplyDeleteaku suke bace kes kau ni hmmph
kisah benar ke ?
kisah benar lah babe. terjadi kat org yg kau kenal jugak. huhu
ReplyDelete