Pantang aku bila orang tinggalkan aku terkedek dibelakang. Tapi demi kau, aku lajukan langkah.
Pantang aku bila orang tipu aku macam-macam. Tapi demi kau, aku purakan kepercayaan.
Pantang aku bila orang ayat manis. Tapi demi kau, aku tenggelam dalam setiap kata.
Pantang aku bila aku diduakan. Tapi demi kau, aku tetap bertahan.
Kalau aku yang dulu, hancur hidup kau.
Bodoh kah aku ? Ya.
Aku bodoh kerana terlalu sayangkan kau. Aku tak minta dipuja, disanjung. Tapi kalau kau boleh temui perempuan lain yang sanggup terima apa yang kau gampangkan, yang sanggup masih setia menunggu kau dengan hati yang hancur remuk macam apa yang aku lalui sekarang ini, kau pergilah. Kirimkan salam aku padanya.
ngeng.
fuhhhhhhhh!
ReplyDeletemeleleh air liur aku baca.. hahaha