Wednesday, November 11, 2009

8 bulan, 10 hari.

Aku bukan boneka. Tempat untuk kau lepaskan amarah kau.
Aku wanita. Yang punya harga diri yang tak mampu kau tandingi.
Aku bukan boneka. Tempat untuk kau bermaharajalela.
Aku wanita. Yang punya hak sendiri yang tak bisa kau rampas.
Aku bukan boneka. Tempat untuk kau menyalahguna kuasa.
Aku wanita. Yang punya kata suara hati yang tak bisa kau endahkan.


Kau sekadar teman. Kau tak punya hak ke atas diri ku. Aku masih merpati putih yang bisa terbang tinggi setingi mana aku mahu. Aku takkan biarkan helang sekejam kau merampas hidup aku. Kau tidak layak peluang dari aku. Kau perlukan peluang untuk diri kau sendiri. Aku doakan kebahagiaan kau dunia dan akhirat. Ampunkan salah dan silap aku. Halalkan makan minom aku. Kau tetap di hati walau kau sendiri yang menyakiti nya. Jaga diri. Semoga kau jumpa wanita yang lebih baik dan mampu menjaga kau sebaik mungkin. Terima kasih untuk 8 bulan, 10 hari. Assalamualaikum.




baby ngeng.

No comments:

Post a Comment