Tuesday, June 22, 2010

Habis madu sepah dibuang.

" Selagi Ija belum kahwin, apa Ija nak cakap je. Nanti lepas dah kahwin mesti lain. Tak macam sebelum kahwin. Trust me. "







Ouh yeke Along ? Semangat gile dia pesan ni kat aku. Yang Dayang pulak,





" Kita kena jual mahal sikit. Nanti dah dapat mesti jadi lain. I don't want banana to fruit many times you know ?!! "







Yang Anis,







"Haa dah sayang sayang dah ? Gila babi cepat kau. Haish kau main bedal je kan ? Takpelah kalau dah suka "















Haa... macam mana nih ? Boleh dikatakan semua kawan perempuan aku cakap benda yang sama. Lelaki kalau dah dapat, mesti dia jadi endah tak endah dah. Tak macam sebelum dia dapat kita. And bila aku cakap "dapat" tu, bagi yang pemikiran nak kotor je, aku tak maksudkan dapat kehormatan kita, aku maksudkan secara general. Sebelum ada ikatan dan selepas ada ikatan. Tak kisah lah ikatan tak formal atau formal, secara general yeh ?





Okay berbalik pada persoalan aku tadi. Betul ke lelaki akan berubah bila dia dapat perempuan yang dia nak ? Sorry lah aku tak reti nak bina soalan dengan penggunaan ayat yang betul. Penat dah aku fikir tadi tapi tak dapat gak. BM aku dulu A2 je. Tapi korang get the picturekan apa maksud soalan aku yang sebenar ? Herm. So aku tanya lah membe aku Ahsan, untuk dengar dari seorang lelaki punya point of view. Dia punya sensitif dgn soalan nih,sampai 3 4 page dia reply. Haha. Ahsan cakap, lelaki berbeza-beza. Tak semua sama. Ada yang macam aku tanya tu, ada jugak yang dia sabar, tunggu....bila dah dapat bersama, dia tatang macam minyak yang penuh. Tapi, ada jugak yang lagi macam setan !



Mungkin betul apa yang Ahsan cakap. Make sense. Tapi kan, semua kawan perempuan aku cakap lelaki memang lepas dah couple jadi lain. Antara sedar atau tak sedar. Mungkin dia tak berniat pun nak jadi lain. Ada jugak yang berniat. Either way, tetap sama. Berubah lepas dah dapat. And kawan kawan perempuan aku je dah mewakili 60% lelaki. Tu tak kira lagi yang aku tak kenal. Kalau campur semua boleh jadi dalam 99.9% !! Betol tak ?





ngeng.

No comments:

Post a Comment