Thursday, June 10, 2010

Keguguran bahagia.

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu


Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku..






Tiap kali rangkap pertama berkumandang, titis demi titis air jernih membasahi pipi. Emosi gagal dikawal. Tertunduk kepala, terpejam mata menahan perit yang ku rasai dalam hati. Sendirian aku teresak-esak. Bermain rambut mengharap bisa menutup kesedihan yang terpancar, tak mahu dikata lemah.


Apalah tengok filem Melayu pun boleh menangis.


Ya aku memang selalu memandang rendah dengan filem-filem Melayu. Asal ada yang ajak menonton wayang filem Melayu aku menolak.


"Tunggu raya nanti je confirm dah keluar. Buang duit je pergi tengok"



Haa amek kau ! Cerita Melayu ini lah yang buat kau menangis tanpa henti sampai meleleh hingus. Dari mula sampai akhir. Bingung. Tak bisa menjawab persoalan bagaimana filem ini bisa merobek perasaan aku. Tengah PMS barangkali. Emosi terlebih mungkin. Ahh. Sememangnya, filem ini adalah antara yang terbaik pernah aku tontoni. Kerna bisa merobek hati kental ku hanya dengan rekaan khayalan.





ngeng.

No comments:

Post a Comment