Aku terfikir. Tentang keinginan aku yang membuak-buak kebelakangan ini.
Akan tetapi, adakah aku sudah bersedia sepenuhnya?
Aku tidak mahu ia dianggap sekadar hiasan.
Ia bukan hiasan.
Ia sesuatu yang suci yang wajib untuk setiap wanita umat Islam sarungkan.
Aku pernah berjanji pada umi dan ayahku bahawa suatu hari nanti, akan terkota impian dan permintaan mereka yang sehingga kini aku masih belum tunaikan.
Ampun umi. Ampun ayah. Mungkin, sudah tiba masa nya.
Namun, aku masih kekurangan iman dan tekad.
Kerana keinginan ini hanya singgah di pemikiran.
Masih belum pasti akan keputusan nya.
Tetapi, keinginan yang singgah ini semakin membuak-buak.
Doakanlah keinginan yang singgah ini akan menjadi suatu kenyataan.
Amin.
Lately, I have this feeling.
This inner side of me that wanted a change in my look.
Not a new hairdo.
Not a new brand makeup.
And obviously not a nose job.
But I have this feeling of wearing hijab and preserve my aurah.
Is it phye who's talking? Like seriously??
Don't laugh people. I'm serious. This past few weeks, I kept on asking my boyfriend is it okay if I wear hijab? He said he's cool with it and he supports my don't-always -come-desire.
Tapi aku ingin benar-benar sarung. Bukan hanya sekadar perhiasan. Aku tak mahu jika sudah dua tiga bulan aku bertudung, tiba-tiba aku buka lagi. Aku juga tak mahu sarung tudung seperti melepaskan batuk di tangga. Seperti antara pakai atau tidak. Mungkin pada Siti Nurhaliza, dia selesa begitu. Tapi bukan aku.
Ya Allah Ya Tuhanku,
Kau berikan lah aku petunjuk dan hidayah Mu agar aku ke jalan yang benar, jalan yang lurus.
Kau jauhkanlah diriku dari sebarang perkara keji, zina atau maksiat.
Kau berikanlah kekuatan dan keteguhan iman padaku agar aku terus beribadah dan berdoa padaMu Ya Allah.
Kau buangkanlah perasaan benci dan amarah dalam diriku agar aku dapat meharungi dugaan dan ujian Mu dengan tenang dan berakal.
Sesungguhnya, hanya padaMu aku memohon, aku meminta dan aku berdoa.
Amin.
ngeng.