Saturday, August 1, 2009

Dari seorang kakak kepada dua orang adek.

I hate it!! I hate this. Seriously. I hate being formal to both of you. I hate that there's a "formality" between us. I'm wondering if I still can be me, be K.ija.


Akak rindu untuk memanggil kalian "adeks". Akak rindu gelar diri akak "akak" pada kalian. Akak rindu bercakap sesuka hati akak tanpa perlu untuk menjadi formal dengan kalian. Akak rindu untuk terjerit-jerit panggil nama kalian. Akak rindu nak terpekik-pekik pada kalian. Akak rindu nak buat jahat bersama kalian. Akak rindu nak buat hal bersama kalian. Akak rindu nak balik lambat malam bersama kalian. Akak rindu nak mengumpat "OKB" bersama kalian. Akak rindu nak hias pelamin bersama kalian. Akak rindu nak tunggu kalian pada waktu makan agar kita boleh makan bersama. Akak rindu mahu duduk di tengah-tengah antara kalian tiap kali bersama. Akak rindu nak suap Asma makan kerana kemalasan dia untuk basuh tangan. Akak rindu nak peluk tubuh kecil Asa pada waktu malam sebagai pengganti kekasih hati tiada disisi. Akak rindu nak sakat, nak raba-raba kalian. Akak rindu nak bertepuk tampar bersama kalian. Akak rindu nak mandi sama-sama sambil berbogel dengan kalian. Akak rindu nak bergosip dengan kalian. Akak rindu nak try fitting baju-baju kecil kalian. Akak rindu nak mekapkan kalian yang tidak suka mekap terlalu tebal. Akak rindu nak dengar rintihan hati kalian.

Akak rindu segala nya. Akak rindu masa kecil kita.Terlalu banyak memori kita yang tidak dilupakan. Bagaimana akak ditampar Pakngah sebanyak 10kali kerana menyuruh Asa mencubit Nora, jiran akak sampai dia menangis. Bagaimana akak menangis ketika tidur malam kerana takut akan bayangan mayat budak Murni yang mati lemas. Bagaimana kita suka berpura-pura kononnya kita orang putih sambil minum botol kaca Coke yang kosong di bilik belakang ketika kecil dulu. Bagaimana comotnya mulut Asa makan kek hari jadi nya. Bagaimana akak dan Asma bertumbuk di bilik belakang tadika Murni ketika latihan Taekwando kalian. Bagaimana kita suka mandi dalam kolah dalam bilik air konon-konon nya mandi swimming pool. Bagaimana kita merayau-rayau di belakang rumah Nek Yan sampai terjumpa Nenek Kebayan sebelah rumah. Bagaimana kita dapat tengok separuh dari cerita Bilut di hari raya pertama demi mengelak kena basuh pinggan kerana Makteh dah bising-bising suruh balik. Bagaimana kalian suka menanyakan pendapat akak tentang baju atau kasut baru kalian. Bagaimana kita selalu bercuti bersama family dan akak pasti akan sentiasa bersama kalian.


Itulah kita. Dimana ada K.ija, ada Asma dan Asa. Dimana ada Asma dan Asa, ada K.ija. Mana-mana, kita mesti bersama.


Jika ingin diceritakan semuanya, nescaya sampai mati tidak akan habis. Secara jujurnya, akak amat merindui korang. Akak tahu segala kenangan kita akak dah hancurkan atas perbuatan akak yang sanggup tikam belakang. Akak akui akak bersalah. Tidak pernah terlintas di hati akak bahawa akak betul. Akak telah menghancurkan hati dan perasaan adek-adek akak yang sangat akak sayangi. Memang akak kejam kerana sanggup bunuh kenangan kita. Maafkan akak. Hina lah akak sememangnya akak memang hina. Cacilah akak sememangnya akak layak untuk dicaci. Bencilah akak sememangnya akak layak untuk dibenci. Ampunkan lah akak yang terlalu merindui kita. Akak sedar permintaan akak untuk kita jadi seperti sedia kala amatlah mustahil bagi kalian. Akak paham. Akak mengerti. Akak memang patut terima balasannya. Tapi akak masih mengharap bahawa kita masih adek dan kakak. Sepanjang hidup akak, kalian lah benda terbaik yang pernah terjadi dalam hidup akak. Sumpah akak tidak menipu. Akak minta maaf atas perbuatan keji akak terhadap kalian. Sesungguhnya akak amat merindui kalian. Dan akak mengatakannya tulus dan ikhlas dari hati akak. Akak tidak pandai bermadah. Akak tidak pandai berpuisi. Akak hanya pandai meluahkan hati dan perasaan yang terbuku dalam sanubari ini. Perasaan kesal dan sedih. Sekali lagi, akak minta maaf. Akak rindu kalian. Pulanglah pada akak. Akak setia menunggu.


Miss you both.

Kak Ija

7 comments:

  1. im soo touch...
    Xleh bygkn wat would happen if i gado wit my lil sis...
    hope u akan ok blek wit ur lil sisters...
    sisterhood punye bond sgt kuat..believe me

    ReplyDelete
  2. You're killing us , inside , okay nak nangis , sekarang tengah menangis , kakak . . .

    * speechless

    ReplyDelete
  3. asa...please..don't cry. i wanna cry too..:((((

    ReplyDelete
  4. ija...
    it's simple

    just jumpa
    the three of you..and have a group hug

    it's that simple.

    it hurt me too to see kamu sume like this.

    raya is coming.
    can't wait.

    ReplyDelete
  5. raya is coming. that is what i'm afraid.

    ReplyDelete
  6. raya is coming & i dont feel like wanna celebrate it , hmm idk -.-

    ReplyDelete