Monday, August 24, 2009

Cela.

Engkau mahu sempurna
Engkau jadi sempurna
Biar aku bahagia dengan cela ku
Engkau mahu malaikat
Turun dari kayangan
Biar aku bahagia dengan cela ku
Mengapa .....
Tidak engkau cermin saja
Diri mu yang sempurna, mempesona.
Ku bahagia dengan cela
Mengapa...
Tidak kau bercinta saja
Dengan diri mu yang sempurna, mempesona.
Ku bahagia dengan cela.



Siapa boleh bgtau aku mana apa maksud ayat ni.
Siapa boleh bgtau aku mana aku dapat ayat ni.


Aku sangat suka lagu ni.
Sangat masuk dengan jiwa dan situasi aku sekarang.
Lagu ni bukan hanya untuk pasangan kekasih.
Kalau korang lihat betul-betul, lagu ni sesuai untuk apa saja keadaan.
Bukan khas untuk pasangan kekasih yang mempunyai konflik.

Okay aku tahu yang tahu tu akan cakap aku ketinggalan sebab lagu ni dah lama.
Alah apa aku heran. Janji aku suka lagu ini. Hehe.

Tapi memang betul. Kau boleh pikir kau hebat. Kau boleh pikir kau jaguh. Aku manusia penuh dengan cela. Dan aku bahagia dengan cela ku. Aku bahagia dengan apa yang Tuhan berikan pada ku. Aku hamba Nya yang hina. Aku bersyukur dengan cela ku.

Herm. Jangan ada yang salah anggap ye. Ini post aku berikan pada umum. Bukan khusus untuk seorang. Boyfriend aku pon kena alert pada post ni. Jangan buat tak tahu jer.

Sekarang aku kena lebih sensitif dalam kata-kata ku. Tidak lagi mahu menimbulkan provokasi atau drama Melayu murahan.

Haih. Terasa seperti aku ni arwah Yasmin Ahmad yang kena sentiasa sensitif dalam mebuat filem nya demi tidak menimbulkan kontroversi.

Aku mahu langkah ke depan. Tidak mahu terlibat dalam konflik. Jauhi aku. Biarkan aku sendirian untuk mencapai kejayaan yang dari dulu aku kejari. Aku perlukan sokongan. Bukan tekanan yang tidak masuk akal.


p/s: Siapa yang mampu mencapai mahu mu bilamana kau juga seorang manusia?


ngeng.

No comments:

Post a Comment