Saturday, August 8, 2009

Terima kasih cinta.

Aku seorang pemaaf. Bukan seorang yang ego. Memaafkan bagi aku tidak sulit untuk dilakukan. Aku memberi kemaafan dan sering memohon nya juga. Perkataan maaf bukan satu perkataan yang rumit untuk dilafazkan. Mahupun begitu, ia tidak begitu mudah juga untuk dinyatakan. Cuma ia tidak rumit.

Begitu juga dengan memberi kemaafan. Tidak lah begitu susah untuk aku berikan. Tetapi, memohon kemaafan bagai melepaskan batuk di tangga itu lah yang paling susah untuk ku terima. Ikhlas kah kau memohon kemaafan ku? Bersungguh kah kau untuk berbaik denganku? Benar insafkah kau atas kesalahan kau yang nyata?
Jika benar kau insaf, jika benar kau inginkan kemafaanku, jika benar kau ingin berbaik denganku, mohon lah kemaafan dari ku sesungguh hatimu. Pulihkan lah hati ku yang kau lukai. Jernihkan lah kesalahan mu padaku. Kau tahu aku perempuan. Yang punya hati dan perasaan selembut sutera dan sehalus mutiara. Apa salah ku sampai kau biar aku tertunggu? Bukan aku menunggu kekalahan ego mu. Tapi aku menunggu keikhlasan hati mu.

Aku sudah capek menunggu. Maafkan aku jika aku benar benar mengangkat kaki ku dan pergi membawa diri, membawa hati yang sedang atau mungkin pernah berlabuh di hatimu. Jauh dari mu, jauh dari sudut cintamu. Aku ikhlas mencintaimu. Jangan persiakan keikhlasan hatiku. Kerana aku sudah capek. Atas segala nya.


baby ngeng.

No comments:

Post a Comment