Saturday, January 9, 2010

I'm a strong broken hearted girl.

Hati..
Aku sangat kagum dengan kau. Aku ingatkan, bila kau disakiti kau akan jatuh menjunam seperti sebelum sebelum ini. Ternyata aku salah. Kau makin kuat. Barangkali, pemikiran kau sudah matang. Yelah. Apa guna tangisi orang yang tidak tahu menghargai diri ini. Kau tabah mengharungi hari hari kau walaupun memori bersama si dia masih segar di ingatan. Membayangkan jikalau si dia sebenarnya sudah punya pengganti baru, kau tetap redha. Sudah takdir Illahi kan? Ada hikmah di sebalik setiap kejadian. Umi selalu pesan.."biar orang buat kita, jangan kita buat orang"..tapi umi..kalau orang itu buat kita macam anjing, buang kita macam sampah, perbuatan gampang macam itu pun, kita masih harus bersabar ke? Masa aku kecil dulu aku terpikir juga. Tapi semakin usia aku meningkat, baru aku faham. Hidup ini hukum karma. Masa yang berlalu, tidak boleh diulangi. Perkara yang dah berlalu, patut dibiarkan berlalu. Ambil pengajaran dan elakkan perkara yang sama dari berlaku.


Hati..
Aku akui. Aku bangga dengan kau kerana walau masih berdarah..kau tetap berdiri. Bila difikirkan kembali, menangis air mata darah sekali pun tidak ada guna nya. Baik kau teruskan kehidupan kerana masih banyak lagi perkara indah yang belum dinikmati. Dunia terlalu luas. Hari ini orang sakit, esok tetap berjuang sehingga ajal menjemput.


Hati..
I'm very proud of you. It is his lost. Not yours. Consider yourself lucky. Cause atleast dia tunjukkan awal awal siapa dia yang sebenar sebelum terlambat. And yeah..he is the devil in disguise.



Ni lagu aku dedicate kat kaw!!

First I was afraid, I was petrified!
Kept thinking I could never live without you by my side.
But I spent so many nights thinking how you did me wrong.
I grew strong. I learn how to carry on!!





ngeng.

No comments:

Post a Comment