Friday, January 8, 2010

Life's a karma. Karma's a bitch. U are my bitch.

Kelemahan aku adalah apabila aku cepat mempercayai orang. Bila diberikan kata kata janji manis, harapan mula menggunung tinggi. Walaupun tahu barisnya disusun rapi, hati menafikan kebenaran, mempercayai penipuan yang memang nyata di depan mata. Pabila kepercayaan yang diberi dibunuh serta merta, jantung bagai direntap, nafas bagai terhenti, dunia jadi malap. Tidak disangka, orang yang paling digantung harapanlah yang menikam diri ini. Sama ada dalam masa sehari hati si dia boleh berubah atau memang diri ini yang diperbodohkan, hanya Tuhan saja yang tahu. Sedih apabila terpaksa menerima hakikat diri ini tidak diperlukan lagi. Dibuang, dilayan seperti anjing. Terasa bodoh kerana mempercayai si dia yang tidak tahu menghargai. Mempergunakan hati yang mencintai dan menyayangi sepenuh dan seikhlas hati. Betapa peritnya untuk menerima hakikat kasih tidak lagi terjalin antara diri ini dan si dia hanya Tuhan saja yang tahu. Apakah punca? Diri ini tidak diberikan penjelasan. Hanya ditinggalkan bulat bulat dengan harapan diri ini mengerti mengapa terjadinya kisah seperti ini. Si dia meyakinkan diri ini bahawa dia sanggup menerima cabaran untuk ke alam baru. Tapi belum separuh jalan, si dia mengaku kalah, memberi alasan belum bersedia dan rindukan zaman kegemilangannya. Apa yang harus diri ini lakukan? Hanya berserah pada Tuhan. Janji manis nyata hanya ukiran di bibir. Mula nya diri ini tidak mampu meneruskan kehidupan. Tapi bila difikirkan kembali, mengapa diri ini harus bersedih untuk si dia yang pengecut? Penipu? Tidak. Bodoh sekali mengajar diri ini untuk bangkit dan tepis segala simpati dalam diri. Tidak akan diri ini jadi bodoh kali ke dua. Ego yang dipendam, disimpan dulu kini muncul kembali menjalankan tugas nya. Harapan diri ini moga ego tidak kalah pada emosi yang selalu menjatuhkan. Dan si dia..hanya akan jadi si pengecut yang tidak akan kemana. Tidak mengapa. Diri ini tidak membenci si dia. Malah, ingin berterima kasih kerana telah membuka mata diri ini dan mengajar untuk menjadi kuat. Terima kasih. Dari hati.




Aku katakan ini pada kaw!



p/s: Kehidupan ini satu putaran. Hukum karma pasti membalas.



ngeng.

No comments:

Post a Comment