Pelik. Bila Akmar, rakanku yang kini berada di Perak memohon maaf sekiranya dia ada berbuat salah pada aku sepanjang perkenalan kami. Aikk ? Kami ada bergaduh kah ? Setahu aku mungkin aku ada konflik dengan yang lain, tapi rasa nya Akmar tidak terlibat. Dia terasa samakah ?
Ohh tidak. Dapat seru katanya. Dia kini sudah berubah menjadi wanita solehah disisi agama. Tidak lagi mahu mengguris mana-mana hati. Tidak lagi mahu berbuat jahat pada sekalian alam. Kitab sudah rajin dikunjung dan dibaca saban hari. Solat 5 waktu tidak ditinggalkan. Mahu memulakan kehidupan yang baru dan tidak mahu pandang ke belakang lagi.
Bangga sungguh aku dgn rakanku ini. Terasa ingin menitis air mata kegembiraan mendengar dia seolah-olah mendapat hidayah dari Yang Esa. Sekilas aku teringat peristiwa yang berlaku pada ku beberapa hari yang lepas.
Ketika itu di rumah Along. Aku sedang bersiap-sedia untuk "house warming" rumah baru Along. Aku sedang iron baju. Mungkin aku cuai, baju aku rosak ada sedikit kesan terbakar tepat di bahagian dada. Argh !! Sakitnya hati. Dah lah baju baru. Boleh dikira dengan jari berapa kali aku pakai. Aku segera berlari ke dapur menuju ke arah Umi. Aku tunjukkan kerosakan pada baju ku. Ketika itu ramai saudara dan makcik-makcik ku di dapur sedang berbual-bual. Semua mendengar rintihan aku tatkala aku merengek.
Mak Unggal menerpa dan melihat kerosakan pada baju ku yang terdapat lubang kesan terbakar di bahagian dada..
" Ohh sikit je ni Ija. Takpe..pakai tudung tak nampak. Tertutup je nanti. "
Sambung pula makcik-makcik ku yang lain...
"Lah sikit je. Pakai tudung tak nampak lah apa isi dalam"
Aku hanya tersengih seperti kerang busuk. Ukiran senyuman di bibir aku paksakan. Umi hanya ketawa sinis.
"Haa tu petunjuk tu Ija. Kalau tak paham jugak taktau lah Umi nak cakap apa lg"
Yea. Akan ku litupi rambut ku ini dengan hijab...suatu hari nanti. Doakan hidayah untuk aku.
ngeng.