Monday, May 24, 2010

Tupai lompat tak tinggi sangat.

Aku dah cakap. Tuhan Maha Adil. Hidup ni hukum karma. Kau begar sangat taknak dengar kan ? Pikir kau sahaja yang betul. Guna nama Tuhan untuk lakonan palsu kau supaya masyarakat rasa memang betul kau dianiaya. Sudahlah kau drama queen !


Kau kata kau benar, Tuhan akan tunjuk pembalasan pada si tertuduh. Kau kata kau benar, kau ada Tuhan disisi kau. Kau kata kau benar, kami ni semua hipokrit. Habis kami ni takde agama ? Takde Tuhan ? Kau silap. Kau dah main-main guna nama Tuhan, tengok apa jadi pada kau sekarang ? Tak habis-habis musibah yang menimpa kau. Kau caci aku. Kau fitnah keluarga aku. Kau busukkan nama baik kami. Tapi kau masih kata kau suci tak buat salah apa-apa. Wahhh kau ! Apa kau ingat kau Nabi ????


Sekarang, semua taik yang kau dah buat pada keluarga aku dan aku dah berbalas balik pada kau. Malah, lagi teruk. Dan aku yakin, segala yang menimpa kau kini, segala tuduhan yang kau hadapi, semuanya benar. Aku kenal sangat kau macam mana. Permainan kotor kau semua dalam poket aku. Perangai gampang kau kini sudah diketahui orang ramai.


Dulu kau suruh orang tulis fitnah di shoutbox aku. Atau mungkin kau sendiri punya angkara ? Sekarang, kau kena balik. Cuma yang beza, kau bukan difitnah. Dulu kau caci maki hina keluarga aku. Sekarang, keluarga kau kena balik. Dulu kau mati matian hendak menjatuhkan aku. Sekarang, kau sendiri yang terjatuh. Dan aku bangga mengatakan, semua yang terjadi pada kau, sikit pun usulnya bukan dari kami.


Ya betul cakap kau. Tuhan akan balas pada siapa yang menipu dan memfitnah. Kau !



Aku tidak berdendam. Aku tidak sejijik kau untuk berkelakuan begitu. Meskipun aku tidak melonjak gembira, tapi aku sangat bersyukur pada Tuhan yang Maha Esa. Hak untuk menghukum sememangnya hanya milik Dia. Lakonan palsu kau kini terbongkar sudah. Tapi aku masih punya ihsan. Simpati terhadap apa yang menimpa kau. Kalau boleh ingin membantu. Kerana sebusuk-busuk kau sekalipun, kita dari asal akar yang sama. Aku tak sekeji kau untuk melihat separuh darah daging aku jatuh tenggelam.









ngeng.

No comments:

Post a Comment