Tuesday, May 18, 2010

Manusia palsu.

Aku pernah diumpamakan sebagai gunting dalam lipatan.
Aku pernah dihina, dicaci, dimaki saudara sendiri.
Aku pernah dibuang serta-merta kerana kesilapan yang tidak pernah terniat.


Aku pernah dilabel sebagai pengaruh yang jahat.
Aku pernah ditunding jari atas kesalahan orang lain.
Aku pernah dianggap pemusnah si naif.


Tapi gunting dalam lipatan inilah yang kau cari.
Tapi yang dihina, dicaci, dimaki inilah tempat kau mengadu nasib.
Tapi yang dibuang inilah yang sentiasa ada untuk kau.


Tapi pengaruh yang jahat inilah yang fahami dia.
Tapi yang ditunding jari inilah yang mengasihi dia.
Tapi pemusnah si naif inilah yang bantu dia.





Mana kalian ? Jangan bagi aku alasan yang lapuk. Jijik kini untuk mendengar. Sudah kalian buang aku. Jangan lakukan kesilapan yang sama. Apa kalian sungguh mulia ? Seakan-akan tidak pernah membuat salah hinggakan mahu menghukum dia sebegitu rupa ? Kalian bukan Tuhan. Hak yang ada hanya milik Nya. Kasihan...melihat kalian seperti warak sungguh. Tapi mulut jahat melabel orang sana-sini sebagai pendek akal. Tidak kah terfikir sebenarnya kalian seperti bercakap didepan cermin ? Kalian hanya boneka alam. HAHAHA. Lucu sungguh.





Siapa yang kata semua orang yang nampak alim orang baik ? Tengok mereka sebagai contoh. Hanya luaran yang menjanjikan propaganda.




ngeng.

2 comments: