Saturday, May 15, 2010

Just another plain mind.

Buntu. Hilang idea. Mati akal.



Tak tahu apa lagi yang boleh dicoretkan lagi. Haha, cakap macam semua sudah aku sentuh. Haish. Sejak mula cuti semester dan hanya duduk di rumah, otak aku seperti tidak berkembang. Biasanya, di dalam perjalanan ku ke kelas, ke kiri ke kanan mata ku menjeling. Bukan mencuci mata melihat jejaka-jejaka yang turut melangkah ke kelas, tetapi melihat suasana sekeliling yang walau hari-harinya seakan sama, tetapi jika diperhatikan betul-betul, ada kelainannya. Dan aku suka berfikir, memberi justifikasi dalam diri dari keadaan sekeliling yang menjadi potret kehidupan.



Tapi kali ini aku buntu. Tiada kata mahu dibicara. Hanya dinding-dinding kamar aku tenung hari-hari. Mungkin benar mereka yang banyak pengalaman adalah mereka yang banyak merantau. Macam-macam yang dapat mereka lihat, yang dapat mereka alami, yang dapat mereka bandingkan dan yang dapat mereka selami pemahamannya. Jealousnya ! Untung jadi mereka. Tapi aku tetap bersyukur menjadi aku. Banyak lagi yang perlu aku pelajari dan baiki.




p/s: Dah mula merepek ni.




ngeng.

2 comments: