Manusia tamak. Tidak pernah puas dengan apa yang ada. Dan tidak pernah sedar apa yang mereka ada.
Tidak pernah sedar dengan ape yang terhidang di depan mata.
Sehinggalah hilang..baru rasa, baru sedar, baru tahu betapa bermakna nya apa yang mereka pernah ada.
Tidak semua yang hilang akan kembali atau berganti seperti dengan ape yang hilang.
Mungkin ada yang lagi baik. Jauh baik nya dgn yang telah hilang.
Tapi jika tidak, bagaimana pula?
Boleh kah manusia menyesuaikan diri dengan pembaharuan yang berlaku?? Apatah lagi jika ia terlalu mendadak.
Bagaimana mahu berjuang utk terus hidup?? Mampukah manusia mengharungi cabaran sedemikian??
Aku tidak. Tapi sedang belajar. Belajar mengharungi segala onak duri dalam hidup.
Kehilangan sesuatu berharga tanpa kerelaan hati, bukan sesuatu yang mudah utk diterima.
Sedih aku sendiri. Pedih aku rasai. Cuba menghadapi kenyataan yang amat perit.
Kehadiran yang baru..mungkin boleh mengubati.
Atau menambah lagi seksaan yang ditanggung.
Ya Allah Ya Tuhanku, bantu aku harungi segala dugaan dan ujian dari Mu. Aku insan, hambaMu yang lemah yang hanye mampu berdoa dan berserah padaMu Ya Tuhan.
p/s: Sumpah tengah sentimental gile nie. Arggh!!!
ngeng.