Saturday, June 26, 2010

Benci kau, kau dan kau !

I'm sick and tired of everyone and everything. Even myself.
Nak mencarut banyak banyak boleh tak ?
Penat dah pakai topeng.
Okay I'm taking it off now.
Terima aku seadanya.
Kau nak pergi, blah sekarang.
Jangan bagi aku alasan.




ngeng.

Tuesday, June 22, 2010

Habis madu sepah dibuang.

" Selagi Ija belum kahwin, apa Ija nak cakap je. Nanti lepas dah kahwin mesti lain. Tak macam sebelum kahwin. Trust me. "







Ouh yeke Along ? Semangat gile dia pesan ni kat aku. Yang Dayang pulak,





" Kita kena jual mahal sikit. Nanti dah dapat mesti jadi lain. I don't want banana to fruit many times you know ?!! "







Yang Anis,







"Haa dah sayang sayang dah ? Gila babi cepat kau. Haish kau main bedal je kan ? Takpelah kalau dah suka "















Haa... macam mana nih ? Boleh dikatakan semua kawan perempuan aku cakap benda yang sama. Lelaki kalau dah dapat, mesti dia jadi endah tak endah dah. Tak macam sebelum dia dapat kita. And bila aku cakap "dapat" tu, bagi yang pemikiran nak kotor je, aku tak maksudkan dapat kehormatan kita, aku maksudkan secara general. Sebelum ada ikatan dan selepas ada ikatan. Tak kisah lah ikatan tak formal atau formal, secara general yeh ?





Okay berbalik pada persoalan aku tadi. Betul ke lelaki akan berubah bila dia dapat perempuan yang dia nak ? Sorry lah aku tak reti nak bina soalan dengan penggunaan ayat yang betul. Penat dah aku fikir tadi tapi tak dapat gak. BM aku dulu A2 je. Tapi korang get the picturekan apa maksud soalan aku yang sebenar ? Herm. So aku tanya lah membe aku Ahsan, untuk dengar dari seorang lelaki punya point of view. Dia punya sensitif dgn soalan nih,sampai 3 4 page dia reply. Haha. Ahsan cakap, lelaki berbeza-beza. Tak semua sama. Ada yang macam aku tanya tu, ada jugak yang dia sabar, tunggu....bila dah dapat bersama, dia tatang macam minyak yang penuh. Tapi, ada jugak yang lagi macam setan !



Mungkin betul apa yang Ahsan cakap. Make sense. Tapi kan, semua kawan perempuan aku cakap lelaki memang lepas dah couple jadi lain. Antara sedar atau tak sedar. Mungkin dia tak berniat pun nak jadi lain. Ada jugak yang berniat. Either way, tetap sama. Berubah lepas dah dapat. And kawan kawan perempuan aku je dah mewakili 60% lelaki. Tu tak kira lagi yang aku tak kenal. Kalau campur semua boleh jadi dalam 99.9% !! Betol tak ?





ngeng.

Sunday, June 20, 2010

Not in denial.

" Ija kuat ehh ? Ija tak rasa pape ke break dgn Apa ? Akak tengok Ija okay je "



Hahahaha. The truth is, yes no doubt I do miss him a lot. But I never shed a tear since we broke up because...I haven't felt any lost yet. Apa contacted me everyday and as usual, at the end of it, we argued like always. I think because he still wants me that makes me feel emotionally secured. Maybe my sister is right. One day, when he suddenly stop looking for you and has a new person in his life, I'll break down and cry.


Haa ! Untuk play safe, jom cari banyak banyak. Pasang ramai buat hilang rasa takut kehilangan. Jom !




ngeng.

Thursday, June 17, 2010

Aku si pembaris.



"Kalau kau paksa aku ambek, aku takkan reply msg kau, aku takkan jawab call kau, aku takkan jumpa kau, aku takkan bercakap dengan kau, aku takkan kawan dengan kau lagi. "



Haah amek kau ! Kenapa macam aku ada dengar guruh petir ea masa tu ??




Kau buat aku tersenyum lebar. Kau buat pipi aku merah. Kau buat aku malu tersipu.
Dalam diam, aku rindu kau. Ya, kau tahu tapi aku tak pernah mengaku.
Bila ramai, aku riuh. Bila berdua, aku manja. Bila bertentang mata, aku luluh.
Nak bersuara, kaku. Nak diam, tak mahu. Tapi kau tahu baris aku.
Tunggu masa, detik dan waktu kita bisa ketemu.



Kenapa ea sampai macam ni aku boleh karang ayat pasal kau ? Jangan cakap yang itu. Tak mungkin lah !!



p/s: "Aku punya manja kau saja boleh rasa. Rahsia kita berdua" - 150 juta, Fynn Jamal.



ngeng.

Wednesday, June 16, 2010

PMS ?

Biasanya kalau dah tengok satu cerita berulang kali, kita dah jadi lali. Dari kelakar jadi lawak bodoh. Dari seram jadi bajet berani. Dari menangis jadi tipikal cerita melayu.


Tapi ni tak.


Dua kali tengok LBS, aku tetap menangis. Tetap perasaan yang sama. Tetap teresak-esak mencari tisu. Kenapa nih ? PMS barangkali. Yea aku yakin aku sedang PMS.


Mengaku saja kau memang emosional boleh ? Ganas kau tak kemana. Keras kepala kau tak lama. Mengaku sajalah.




ngeng.

Monday, June 14, 2010

Thank you.

*kembang hidung jap.


Hehe. Kalau kita dipuji tak patut bangga diri kan ? Okay aku tak bangga. Tapi happy je. :)
Aku nasihat orang tepat eah ? Haha. Takdelah. Hanya sekadar membantu. Facebook kata aku caring peh ? Haha. Kan best kalau aku dapat nasihatkan diri aku sendiri gak ?





ngeng.

Dua kaki tetap di tanah.

Bila aku kata kau jual ikan, taknak percaya.
Bila aku kata prinsip kau songsang, taknak percaya.
Bila aku kata kau takkan kemana, taknak percaya.


*sigh


Kasihan. Bila diri diterima sangkanya disayangi.
Bodoh. Bila tipu diri si dia mungkin mampu untuk menyayangi.
Lawak. Bila diri hanya digunakan sebagai peneman dikala sepi.



Hanya yang terbaik mampu menangi yang terbaik. Dimana ranking kau yeah ?



Kau ni bodoh. Nak dengan dia tapi tak reti nak ambil hati yang sekeliling. Sama bodoh dengan yang kau panggil "spoilbratt". Korang dari rahim yang sama ehh ? "Asalkan kau dengan aku, dah cukup" Ehh desperatenya kau ? Bangga ehh dapat pegang trofi ? HAHAHA. Apa kau fikir itu sudah cukup ? Ternyata kau belum dewasa.





p/s: Badak tak boleh terbang. Sebab tu dia sentiasa berpijak di bumi yang nyata. Tak mimpi berterbangan di udara pada siang hari. Itu beza aku dan kau.







ngeng.

Punya aku.

Terharu. Dalam kesepian ni, masih ramai lagi yang sayang aku. Thanks korang sebab buat aku rasa sangat dihargai. Sayang korang balik ! Hehe. Hidup bersendirian buat aku nampak segalanya. Buat aku lagi menghargai apa yang aku ada. Buat aku mahu sentiasa bersama teman teman meluangkan masa. Aku bukan lagi minah yang keras kepalanya, yang bengis seperti singa atau yang mengada ngada permintaannya. Hanya gedik, manja dan penyayang. Ehh, garang juga. Haha.


Thanks for all the post about me korang. Love you guys always. :)








ngeng.

Saturday, June 12, 2010

Toothfairy ohh toothfairy !

Nak kata malang, tak baik. Nak kata kebetulan, maybe. Last year period pain kronik gila sampai rasa macam nak tercabut nyawa. This year sakit gigi rasa macam nak cabut je gigi ni guna playar. And as you all know, sakit gigi adalah sakit kedua yang paling sakit di dunia after sakit bersalin. So imagine macam mana keadaan aku on my special day !




Thanks datang jauh-jauh dari Seremban. Still, you have lots to do.




ngeng.

Big, fat, old lady me.

Tik tok tik tok tik tok.



Lagi berape minit je nih. Last year aku di Kedah, period pain, and tiada apa yang surprise pun dari kekasih. Hadiah pun takde. Tahun ni macam mana pula ?
Ingat nak jumpa kau hari ni. Tapi tak berkesampaian pulak. :(



Takpelah. I'm a big girl now. Bukan 10 tahun, dah 20 tahun dah pun. Tak payah nak havoc havoc sangat. Memang tak mengharap pape pun sebab macam dah takde benda untuk diexcited kan sangat. Kan ?


Tapi kalau ada pun, best jugak.... Hehe.




ngeng.

Friday, June 11, 2010

Strings still attached.

Semua orang takut nak keluar dengan aku, takut nak bawak aku pergi mana-mana sebab kau boyfriend aku. Sekarang kau dah jadi ex aku, pun dorang takot jugak. Wah hebat penangan kau yea ? Kawan-kawan jaga hati kau. Tapi kau penah tak nak jaga hati dorang?




Sekarang masih tertanya lagi kenapa aku nak sangat break dengan kau ?




ngeng.

With or without you.

Honestly, I miss you. I'm sorry I hurt you. But I have no other way that I can think off to make us realise what's important in our life. I'm sorry that I had to teach you a lesson this way. I never intended to hurt you in any way. But if I don't do something, then we'll be just another plain idiots that will never stop fighting everyday. And this time, I let you to make things right. But it seems like, nothing really changed.



I still love you, I do. But I don't wanna be with you anymore. I'm tired of waiting for you to make things right. So I'm moving on. With or without you. Just let me live my life.





ngeng.

Thursday, June 10, 2010

Kampung boy.

Kenapa eah ? Am I not "bandar"enough ? Haish...bersyukur je boleh tak ?





ngeng.

Friendly is not wild.






"Aku taknak dorang pandang kau macam mana kita pandang Dilod"


Paaap ! Tamparan hebat tepat ke muka aku. Cissss bedebah.



Ahh usah kau nafi. Apa kau tak akui sememangnya lagak kau seperti tipikal "modern girls" ?Lantangan suara teriak sana sini macam kau seorang saja yang wujud. Lenggang liuk badan kau yang saja ditonggeng-tonggeng menarik perhatian si nafsu. Pakaian compang camping seperti tidak cukup kain disarung ke badan. Tanpa segan silu bercengkerama dengan yang bukan muhrim. Gelak tawa yang besar macam tiada risau akan esok harinya. Ishhh... !


Astaghfirullahalazim...


Kalau ibu bapa kau tahu ni...menyesal mereka lahirkan kau !




Ehh jap. Boleh aku defend diri tak ?


Ya memang aku cakap kuat. Lantang. Macam kompang kenduri kahwin. Tapi tidak langsung terniat untuk mencari perhatian. Jauh sekali nak berkenalan. Ya aku jalan tergedik-gedik macam kucing gemuk yang sangat pemalas. Tapi sikit pun tak terniat untuk melonjak naik nafsu serakah sekalian. Ya aku senang berpakaian bebas. Aku akui silap aku kerna terlalu ingin update dengan kononnya in-style fashion. Tapi sikit pun tak terniat untuk menunjuk-nunjuk aset yang punya aku. Ya aku senang bergaul dengan kaum Adam tapi bukan aku pergi jual diri ! Ya aku suka rasa bahagia. Setelah apa yang kita lalui hari-hari, perbualan yang diselangi gelak tawa bukan bermakna kita lupa dunia.





Aku tak bisa hakimi orang. Jangan ada yang hakimi aku. Aku cuma manusia cuba untuk hidup di dunia yang penuh cabaran dan anasir-anasir jahat dengan hanya sekelumit kebahagiaan. Aku bukan hipokrit.




p/s: Tapi kadang-kadang, kalau tak terbatas, betul juga kata Qayyum tu. Thanks "simbah air"ke muka aku.






ngeng.

Lone ranger sekarang.

Semalam Wan call aku. Angkat-angkat terus cakap


"Phye...nak awek ! "



Haha. Ape kau ingat aku agent mencari jodoh ke ? Untuk aku sendiri pun tak bertemu jodoh lagi...apatah lagi untuk kau.


Ya Wan, aku paham sangat situation kau. Rasa lonely sangat. Kawan-kawan sentiasa ada. Tapi tak sama kalau ada yang tersayang. Rasa macam ada yang kosong, yang tak lengkap dalam hidup ni. Yang lama nak dilupakan. Nak pandang ke depan, bina memori baru. Tapi teman nak sama-sama tu takde. Haih....


Dulu, selalu sangat aku cakap, kalau putus dengan yang sekarang ni, aku nak single jap. Nak masa untuk diri sendiri. Nak fokus kat life sendiri, nak rehat jap dari komitment. Taknak pening-pening kepala lagi dah. Tapi nyata...aku tak boleh. Bajet macam boleh hidup sendiri tak berteman. Buat apa nak ada kekasih kalau dah happy dengan kawan-kawan and family kan ? Tak. Bahagia ada yang tercinta lain dengan bahagia bersama kawan-kawan and family. Aku seolah hilang tempat bermanja, hilang tempat mengadu, hilang tempat nak mengada-ngada.


Takpelah. Mungkin ya aku belum bersedia nak ada yang baru. Belum bersedia nak ada komitment baru.




ngeng.

Keguguran bahagia.

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu


Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku..






Tiap kali rangkap pertama berkumandang, titis demi titis air jernih membasahi pipi. Emosi gagal dikawal. Tertunduk kepala, terpejam mata menahan perit yang ku rasai dalam hati. Sendirian aku teresak-esak. Bermain rambut mengharap bisa menutup kesedihan yang terpancar, tak mahu dikata lemah.


Apalah tengok filem Melayu pun boleh menangis.


Ya aku memang selalu memandang rendah dengan filem-filem Melayu. Asal ada yang ajak menonton wayang filem Melayu aku menolak.


"Tunggu raya nanti je confirm dah keluar. Buang duit je pergi tengok"



Haa amek kau ! Cerita Melayu ini lah yang buat kau menangis tanpa henti sampai meleleh hingus. Dari mula sampai akhir. Bingung. Tak bisa menjawab persoalan bagaimana filem ini bisa merobek perasaan aku. Tengah PMS barangkali. Emosi terlebih mungkin. Ahh. Sememangnya, filem ini adalah antara yang terbaik pernah aku tontoni. Kerna bisa merobek hati kental ku hanya dengan rekaan khayalan.





ngeng.

Laughing gas crack otak.

Bila dah dua minggu tak sign in, bila macam-macam benda yang nak cerita asik kena hold, bila semua pun nak tulis, kepala pun jadi cramp lah langsung taktau ape nak tulis dah. Aku ada lagi 3 hari kat rumah. Chill chill. Masih ada masa nak huraikan satu persatu balik. Sekarang tengah jam gila. Tunggu dulu.






ngeng.