Saturday, December 25, 2010

dear awak,

Ribut taufan aku tempuh.
Maut jelma seimbas aku rasa.
Disisih seolah kurap aku kena.
Semua pernah aku hadapi.
Masalah seakan kebas dengan diri.
Ujikaji aku. Bentangkan segala musibah.
Seluas depa aku tadah, sebesar hati aku terima.
Tapi persoalannya, adakah kau berbaloi untuk semua itu ?
Jangan uji aku kalau niat sekadar ingin melihat.
Pergi jika keinginan kau bukan aku.
Seperti mana keinginan aku adalah kau.
Aku ikhlas. Tiada agenda tersembunyi.
Kebaikan kau aku dapat lihat.
Bukan sekelumit, tapi segantang.
Yang segantang itu aku kejarkan.
Mencuit hati aku saat difikirkan.
Aku boleh hidup tanpa apa-apa.
Yang aku perlu hanya Tuhan.
Tapi kenapa perlu sisihkan kurniaanNya kalau itu yang mendatang ?
Kan aku nantikan kau.
Percaya kata aku. Setiap baris bukan dusta.
Aku juga takut. Menggigil tidak terbendung.
Mungkin kau pilihan yang salah.
Nafsu bisa membutakan mata.
Yang jelas tidak terlihat.
Tapi kerana niat, aku berani.
Kerna Tuhan bersama mereka yang ikhlas.






ngeng.





ngeng.


No comments:

Post a Comment