Wednesday, March 9, 2011

i hate you.



Aku dah cuba faham kau. Dengar setiap kata kau. Ikotkan sahaja cara kau. Diamkan diri kalau kau tak menghubungi. Jaga bahasa agar tak tersalah kata. Pujuk kan hati elak meroyan. Berubah diri agar disenangi. Cuba berbaik seperti mula mula perkenalan.


APA LAGI YANG KAU NAK ?????



Kalau kau perasan, kebelakangan ni kau asyik naik suara kat aku. Apa aku cakap semua salah. Apa aku buat semua tak betul. Ada je nanti kena marah. Volume tu kalau tak hampir ke maximum, tak sah. Aku dah pesan kan, jangan didik aku dengan cara yang kau taknak aku jadi. Aku bukan malaikat. Jangan lah pijak-pijak kepala aku ni. Bodoh cane pun aku, lembap mane pun, lurus bendul mcm tiang skali pun, tak bagi kau hak nak pijak-pijak main bola sepak atas kepala aku ! Apehal seyh kau sikit-sikit nak sempit hati dgn aku padahal aku takde buat apa-apa pun. Dahla. Lepaskan saja aku kalau kau nak buat aku mcm taik. Banyak sangat dah taik aku makan ni. Tau penat tak ? Aku tak cakap aku yang baik, kau yang jahat, TAK ! Tapi yang ini, mmg kau salah. Aku pun ada MATA, TELINGA, HATI DAN PERASAAN. Kau boleh tolong perasan tak pasal orang lain jugak ? Kalau ada masalah, buat mcm orang ada masalah. Jangan tunjuk lagak macam kau hebat sgt tapi belakang-belakang aku jadi punching bag kau. Boleh tolong perasan tak ? Perasan sikit je...sikitttt je..tak byk pun. Boleh ea ?



Ohh lupa ! Kau takde perasaan, cane kau nak perasan. Kannnn ?



Jangan sampai hormat aku kat kau hilang. Aptb.





ngeng.

Friday, March 4, 2011

rindu ibu pada si anak kecil.



15years ago....


"Assalammualaikum...."

" Yeay yeay ! Umi dah balik ! Umi dah balik ! "


15years later....


" Assalammualaikum...."

"Waalaikummussalam... Umi ada kunci rumah kan ? Ija punya dalam beg malas nak pergi amek lahh.. "

" Haih kalau dulu Umi balik, Ija tak sabar nak sambut Umi. Sekarang nak bukak kan pintu pun malas. Mengadap je depan laptop tu..."



*tertampar.



We children.....herm. Nak cakap panjang pun, sendiri fahamlah. I'm sure this situation happens in most families. What change us ???




Ya Allah, janganlah engkau kurniakan anak yang "aku "....amin.





ngeng.

sorry is not the hardest word.



Aku tak faham kenapa sesetengah orang sangat susah nak melafazkan perkataan maaf. Walaupun dah terang lagi bersuluh dia salah, lebih rela mendiamkan diri dari memohon kemaafan. Jijik sangat ke kalau mohon maaf dari orang lain ? Jatuh sangat ke air muka kau ? Maruah tergadai ke ?


Aku bukan jenis yang susah nak mohon maaf kalau memang aku yang bersalah. Mungkin acapkali kau dengar kata maaf aku. Tapi setiap kali itu, aku ikhlas. Aku kesal dengan kesalahan yang dilakukan. Aku juga punya ego. Tapi masih tahu bertempat.


Besar mana pun kesalahan kau, sakit macam mana pun aku rasa, with a simple sorry and really mean it will just do. Tak kemana ego kau tu. Jangan sampai makan diri. Hmmm....






ngeng.

merenung masa depan



Aku sepertinya bukanlah orang yang cocok utk berbicara tentang perkara ini. Aku sendiri pun ibarat bayi yang masih merangkak. Tapi aku ikhlas, aku risau, dan aku prihatin. Kau orang yang aku sayang. Aku taknak berdiam diri seperti tunggul kayu melihat kau terus terjerumus ke bawah. Sayang, mungkin tempoh perkenalan kita masih mentah. Tapi seakan aku nampak bayangan yang sepertinya sebuah mimpi ngeri. Sedarkah bahwa kau mengetuk pintu alam kejatuhan kau sendiri ?


Maafkan aku jika kau terasa aku tidak berada di tempat yang sepatutnya utk mengetengahkan perkara ini. Cuma niat aku utk menolong kau. Aku kira, kau juga pasti akan melakukan perkara yang sama utk aku. Hmmm...



Bila kita di atas, semua puja. Ohh kita lah segalanya. Dunia terasa kecil. Wang ringgit kau miliki, berkepuk-kepuk banyaknya. Rezeki datang melimpah-ruah. Lupa diri, lupa usul, lupa matlamat, lupa.... Tuhan. Nafsu membuas utk miliki semua keinginan hati.
Yang haram jadinya halal.
Yang buruk jadinya baik.
Yang salah jadinya betul.


Tiada apa yang kekal di dunia ini melainkan Dia. Satu-satu Tuhan bakalan tarik semula. Sebabnya, semua pun bukan hak milik kita.

Maruah... seolah tergadai.
Harta... sekelip mata hilang.
Kawan-kawan... seorang demi seorang jadinya lawan.
Rezeki... seperti tak terasa apa yang ada.



Boleh aku tanya kau sesuatu ? Apa rancangan kau untuk masa depan ? Masa makin suntuk...pejam celik, tik tik tik jam bergerak. Harap kau ada back up plan - simpanan ada, aset ada, keluarga ada, kawan-kawan masih setia. Tiada masalah utk bersuka ria. Tapi jangan sampai satu tahap, kau akan terduduk. Takut nanti kau tak terbangun-bangun. Saat itu baru kau rasa betul-betul tingginya langit dan bumi. Tiada lagi terasa seperti diawang-awangan. Aku risau. Kau orang yang kelihatannya seperti menjadi harapan kebanyakan, dan yang penting - harapan aku. Bisakah kau merasa seperti kau pula mengharap pada orang lain ?




Aku budak lagi. Pun masih dalam kegelapan. Mungkin kau gelak baca post ini. Tapi, tolong ? Tolong pertimbangkan kerana ada betulnya kann ?




* jom Ija, ikut umi ?
pergi mana ?
jalan-jalan.
jalan-jalan kemana ?
jalan-jalan cari Tuhan.

hmmm....




p/s: Ustazah pernah pesan.. " kita selalu lupa Tuhan, tapi Tuhan tak pernah lupa kita "




ngeng.

Wednesday, March 2, 2011

i am no gold digger.



Nissan Fairlady Z lalu depan. Lelaki handsome muka stock Pak Arab duduk memandu di driver seat... * fuhh smartnya kereta. Kalau lah aku ada, kan best.

BMW X6 masuk parking kereta, seorang lelaki kacak irasnya seperti Aaron Aziz keluar dari kereta... * OMG ! Dia drive dreamcar aku !!!!

Seorang jejaka manis, comelnye ada lesung pipit di pipi, putih melepak macam Chinese look sikit belanja makan satu table 10 orang kat Victoria Station... * Mak aih masyuk nya dia ni...keje ape lah kann..

Seorang kawan lelaki yang masih single guna BB Torch latest edition... * Masyuk ea kau kawan ?




Yea dorang hebat-hebat. Banyak harta, duit bukan masalah bagi mereka. Tak kesah la duit mak bapak atau hasil usaha sendiri. Nak pergi mana, cakap sahaja. Ongkos nya, enggak perlu risau. Ditanggung beres !!!

* pfft ...




Sikit pun tak terlintas di hati aku nak usha mana-mana diantara mereka. Cukup sekadar mengagumi. Meskipun jika mereka yang menginginkan aku, layanan aku biasa saja jika hati tak ada. Aku bukan perempuan mata duitan. Apetah lagi pisau cukur. Yang aku nak, kebahagiaan. Bukan kekayaan. Harta tak boleh beli aku.


Kau beri aku bahagia, Bill Gates beri aku istana. Aku tetap pilih kau.





Ini bukan ayat manis. Ini aku.







ngeng.

once upon a time, i was falling in love.


I don't know why I love you so much. I tried to walk away. I tried to look for other options. Options that doesn't involve you. But I can't. I tried, hard enough. I don't know why is it so hard for me to just....to just... damn lahh.


Kau jadikan gambar kau tidak lagi di wallpaper handphone aku sebagai isu. Kalau aku nak curang atau jaga market sekali pun, sekurang-kurangnya aku akan letak gambar aku kat wallpaper phone. Aku takkan biarkan kosong. Aku takut sebenarnya. Hari-hari pandang akan buat kita makin rindu bila berjauhan. Jujur aku cakap, I'm scared to love you that much anymore. Aku takut sakit lagi. Ini langkah berjaga-jaga aku. Sebab kau tak boleh nak berikan satu-satunya permintaan aku, ini cara aku untuk prepare for anything worse yang mungkin bakalan jadi lagi. But that doesn't mean I love you less now.



Aku masih sayang kau seperti dulu.





ngeng.

Monday, February 28, 2011

wedding bells ? ohh no, thank you :)



I have a few friends who are already engaged. And some, dah kahwin dah pun. All my life, I dream of a happy and normal family. My plan was to get married cepat2, have some kids and live happily ever after. Too bad, it all only happens in fairytales. And life ain't no fairytale. Ini bukan drama TV3. Ini realiti kehidupan.


I used to believe in marriage. And my weakness is that, whenever I met someone new, I was convinced that he could be my future husband. So I started berangan all the things yang every traditional girls would want in life. Dan harapan aku jadi menggunung bila si polan juga menaburkan kata-kata manis konon nya aku lah yang dicari-cari selama ini. Urghh lame.. duhh. Semangat siapa yang tak membuak bila harapan di hati disokong-sokong ?


Tapi pengalaman mengajar aku bahawa, kebenaran tidak lah selalu indah. After what happened, aku seolah ditiup semangat dan pandangan baru. Mungkin ini juga caranya untuk aku memahami dia. Aku cuba untuk bersifat lebih terbuka. Dan untuk itu, aku mula mengubah pandangan aku tentang sesetengah perkara.


*mengeluh


Selama hidup aku, aku cuba menentukan nasib aku sendiri. Seolah-olah aku cuba melawan takdir. Sekarang, aku lepaskan satu-persatu dan serahkan segalanya pada Yang Maha Esa. Aku percaya, satu hari nanti, bila tiba masa yang sesuai, Tuhan akan kurniakan aku seseorang yang aku berhak dapat. Sama ada "seseorang" itu adalah dia yang aku bersama sekarang ini atau tidak, aku serahkan segalanya pada Dia.



Untuk masa sekarang, hidup aku adalah untuk aku. Selagi aku tidak terikat dengan sesiapa atau dibawah mana-mana peraturan agama, I will live with my own rules. So, it is gonna be nore about me, and less about you. Patuhku, tundukku, akurku pada kau sekarang, hanyalah atas dasar hormat dan sayang. Bukan lagi atas dasar kau lelaki aku, kau lagi berkuasa dan aku patut dengar cakap kau 100%. Selain dari kebenaran dalam Islam, kebenaran lain bagi aku, is just a matter of opinion.. Aku dah redha.





p/s : Bila sekarang kau tanya mahukah aku kahwin dengan kau, aku tak bergurau bila aku katakan "taknak"....atleast, not for now.




ngeng.