Wednesday, September 9, 2009

Hati yang celaru.

Jika aku tidak menghebahkan kisah tentang kita,
tidak bermaksud aku tidak mengambil berat tentang perhubungan yang sudah sekian lama terbina.
Jika aku tidak lagi menceritakan tentang kehebatan kau sebagai kekasihku,
tidak bermaksud kau bukan lagi di hati ku..
Jika aku tidak lagi menulis nama kau di ruangan ku ini,
tidak beerti aku sudah melupakan kau..
Kau mengerti kesibukan aku kebelakangan ini.
Kau mengerti kepayahan aku melengkapkan tugasan yang tertunda.
Kau mengerti kepenatan yang aku rasai kerana tidak cukup rehat.
Jika kau boleh megerti itu semua, mengapa kau tidak boleh mengerti isi hati ku?
Aku taruhkan sepenuh kepercayaan kepada kau selama ini.
Mengapa tidak kau?
Aku kecewa.
Aku sangka aku boleh bergantung harapan dan perasaan pada kau.
Ternyata..aku silap.

Aku minta maaf.
Maafkan aku.


ngeng.

No comments:

Post a Comment