Friday, April 30, 2010

The good wife in reality.

OMG !

Okay now section untuk bergosip pulak.


I just read Pika's blog yang pasal Tiger Woods tu. Turns out he did not just slept with 13 women, but 120 !!!! He confessed it himself ! OMG OMG OMG OMG OMG! *Hesh dah macam minah kepochi aku ni.


Gila ba** banyak okay ? Tu baru orang kata sex maniac ! I thought at first masa mula-mula kantoi he slept with 13 women tu was MAYBE because his wife was just not good in bed. I mean, like a total loser yang memang amatur gila lah kan. But 120!! So my assumption was definitely wrong ! The problem is him, not the wife. The good wife.


Eii takde kena HIV or sifilis ke mamat Woods ni ?


I used to see Mr Woods as someone who was just as nice and decent as a gentleman could be. Never imagined something like this would actually happened to him. He seriously needs help. Whatever his problem is, a few months in rehab won't be enough. He's on top of the world ! How can he let all of it slipped just like that ? You see.. betul kata orang when they say "it takes a whole life to build a carrier but only a minute to destroy it"....



Haih takutnya !




ngeng.

Lagi post marah.

Masa dinner tadi, sedang enak aku melantak rezeki yang melimpah-limpah di atas meja, aku terdengar soundtrack lagu drama "Aliff Haikal" (ehh betul ke tajuk cite tu ? tak egt lahh) di tempat tv yang berada berhampiran dengan meja makan.


Potong ! Ahh. Patah selera aku nak makan. Rasa loya nak termuntah. Sumpah ! Bukan kerana drama tersebut. Tapi kerana teringatkan kali pertama aku berjumpa dengan si penipu , drama inilah yang kami tonton bersama. Teringat muka si penipu. Arghh bencinya. Hendak saja aku simbah mukanya dengan asid getah biar jadi hodoh sedondon dengan perangai jijiknya !



Ahh. Aku yang bodoh. Sabar Phye. Terima hakikat aku diperbodoh.



Walaupun antara kami tiada apa-apa dan sudah lama berlalu, tapi dengan berita yang aku dapat, dan tiada sebarang perkataan maaf keluar dari mulutnya, membuatkan aku rasa dia ni memang hanjeng palat yang macam gampang ! * Haa kan dah keluar macam macam dari mulut aku ni.




*Mengucap




Sabar phye. Allah itu Maha Adil.




Simpati. Kasihan. Pada si bakal bini. Apalah dosa kau berlaki kan setan seperti dia. Hendak saja aku beritahu si bakal bini, kasihan dia ditipu bulat-bulat. Tapi kerana persahabatan aku dengan sekeliling, aku terpaksa diamkan saja. Tidak mengapa, bukan hari ini, esok lusa ada lagi. Aku hanya menunggu peluang. Dan percaya cakap aku, bila si penipu katakan "I tak macam tu lah u. I baik. U tak caya tanya dorang semua"....



Semua pun angguk-angguk akur tapi dalam hati geleng-geleng, hendak beritahu tapi tak terkeluar kata. Akur kerana apa ? Mungkin atas dasar hormat. Tapi bagi aku atas dasar takut. Aku tahu kerana aku pun begitu.


Shit !




ngeng.

Lapuk sudah bicara.

Duduk di depan laptop. Kepulan asap disedut dihembus berkali-kali. Otak membeku tiba-tiba. Barangkali cuba untuk mencari ayat yang sesuai untuk memulakan topik pada hari ini. Apa ya ?


Remaja zaman sekarang ?
Kes buang bayi ?
Mati dibunuh kerana cemburu ?
Politik ?
Agama ?
Bencana alam ?
Ekonomi negara ?
Percintaan ?
Poligami ?



Ahh banyak nya masalah di dunia. Tapi dimana kah letaknya hak aku untuk menilai tentang semua ini ? Tidak terletak dimana-mana. Kita hanya mampu melihat dan menolong dimana terdaya. Betul kata ïdontknowhoiam"....kita tidak ada hak untuk menilai orang lain. Aku terlampau kata, tersalah bicara. Kemarahan dalam diri tidak dapat dikawal. Maaf.


Tapi tidak salah kalau kita mempersoalkan dan berbincang tentang sesuatu hal atau kejadian untuk pengajaran dan muhasabah kita sendiri.




ngeng.

Thursday, April 29, 2010

Puisi riong dan Fynn Jamal.

Puisi riong. Ada Fynn Jamal. Aku nak sangat pergi tengok dia.
Aku ni bukan lah kipas susah mati pun sebab banyak pasal dia aku sebenarnya tak tahu.
Aku tahu aku suka baca blog dia yang banyak maksud tersirat.
Aku tahu dia seorang puitis.
Dia pendekatan terbaik bagi aku untuk generasi zaman sekarang.
Dia sedar dia tak sehebat mana. Hanya mampu untuk menyumbang sekelumit.
Tapi dia sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri dia, sekaligus memberi ilham kepada kita untuk berbuat sama.
Dia tidak segan untuk berkongsi kisah kehidupan dan susah payah dia.
Aku sangat segani Fynn Jamal !



Nak tgk puisi riong ! I'm not a big fan of sastera Melayu.
But somehow idk why I want to go to this puisi Riong so much.
Maybe because ada Fynn Jamal.
I really want to meet her in person.
Macam ada something about her that I really want to know more.
Ada sesiapa yang nak pergi jugak tak teman aku ?



I'm thinking Dayang..... Aku rasa cam kau tak minat sastera2 ni sangat. Tapi kalau aku heret kau gak..aku tau kau akan pergi. Hehehe.





ngeng.

Wednesday, April 28, 2010

I'm a divorcee ! yeah !

Truth be told I miss you.
And truth be told I'm lying.


When you see my face,
Hope it gives you hell, hope it gives you hell.
When you walk my way.
Hope it gives you hell, hope it gives you hell.





Now you'll never see what you've done to me.
You can take back your memories, they're no good to me !
And here's all your lies, you can look me in the eyes,
With the sad, sad look that you wear so well !







Adios !





ngeng.

Free bird ! Fly, fly !

I believe I can fly. Tu je yang aku nak cakap sekarang. Kau tak batak aku, (ramai je batak aku) aku pun tak batak kau. Kita bahagia dengan life masing-masing !



p/s: Aku suka lah title janda ni. Haha




ngeng.

Tuesday, April 27, 2010

Selamat semakin tua Pika !



Nur Syafiqa ! Happy birthday dear !




Kau dah tua yea minah. Haha. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Jaga diri baik-baik okay sayang !




p/s: Rindu nak bergosip dgn kau kat DG-1 !! haha




ngeng.

Precious in life.

Diyana Fariha Arshad.

Nurul Akmal Ali.
Dayang Amalina Hussein.
Muhd Hatim Roslan.
Ariff Abdullah.
Wan Muhd Khairul Syafiq.









Adalah mereka yang aku tidak boleh hidup tanpa.
Oksigen aku. Jantung nadi aku. BFFs aku.
Sekarang daan selama-lamanya sampai bila-bila.
These are the people I intend to keep forever.
Each one of this people will be the VVIPs in my wedding.
Of course Diane will be my maid of honour.
No matter what happen, I never want to lose them.









ngeng.

Wan Muhd Khairul Syafiq.

Apabila seorang teman yang aku anggap di antara mereka yang paling aku percaya dan sayangi mangatakan ini pada aku...


"Aku taktau nak cakap cane dgn kau. Aku dgn kau skrg...dah lain tau Phye. Kita skrg dah bukan kawan..."


Tersentap. Terdiam. Membisu seketika tidak tahu mahu berkata apa. Aku menanti dgn sabar alasan apakah yang membuatkan kita bukan lagi kawan.


Paaaap ! Sudah ku jangka. Ada lagi hal yang kau terasa dengan aku tanpa aku sendiri ketahui. Hati menahan sebak, mata menahan air jernih dari keguguran.


Sejak kau tiada, acapkali aku katakan pada ramai aku amat rindu pada kau. Rindu pada gurauan manja kau yang suka menyakat. Rindu untuk meluangkan masa bersama kau. Rindu hendak tak kering gusi dengan kau. Malah pernah aku call kau tanya bila lagi boleh ketemu. Kau kata kau sibuk bekerja, mungkin bila ada masa, pasti ketemu jua. Suatu hari, aku mendengar khabar bahwa kau berada sejengka dari aku. Aku text kau knp tak beritahu ? Kau diam. Tapi di handphone ku tertulis "message delivered".... Tidak mengapa lah. Mungkin kau sibuk mengurus sesuatu hal. Aku faham.


Berminggu tiada sebarang khabar dari kau. Dan semalam... bila akhir nya berkesempatan mendengar suara kau, ku harapkan kegembiraan tapi nyata berita buruk yang aku dapat. Aku tidak salahkan kau. Tidak. Jangan salah anggap maksudku. Aku hanya menyatakan kesedihan aku mengapa begini jadinya antara kita ? Kau kawan aku. Aku kawan kau. Pernah suatu ketika, aku sangat bangga dan berbesar hati bila kau katakan padaku bahawa aku kau anggap kawan baik. Kau selalu ada untuk aku. Dan aku sentiasa cuba berada untuk kau. Kau hero aku. Sumpah aku tak tipu. Aku sayang kau. Aku sedih kita jadi begini.


Maafkan aku Wan. Mungkin ada aku terkasar bahasa di post yang kau maksudkan. Tapi sumpah, niat aku hanya untuk memberi semangat pada dia. Tidak terlintas langsung untuk memihak pada sesiapa atau untuk memburukkan kau. Kau kata aku patut ambil jalan tengah. Aku rasa sudah aku lakukan. Maafkan aku jika kau rasa masih tidak mencukupi.


Aku banyak bagi masalah pada kau sejak mula kita kenal sampai sekarang. Aku malu dengan kau. Tak tahu mana lagi aku nak letak muka ini. Aku malu dengan semua orang. Semua yang berada di lingkungan kita. Wan, aku tunggu kau datang. Seperti yang kau janjikan pada aku. Aku tunggu. Walaupun aku malu untuk berhadapan dengan kau, tapi ku kira banyak hal yang perlu diselesaikan demi menjernihkan perselisihan faham antara kita, aku tunggu..





ngeng.

Sunday, April 25, 2010

Kejam !


Apa besar sangat ke dosa bini kau sampai kau tergamak nak bunuh dia ? Pertengkaran, selisih faham, cemburu semua tu lazim dalam perhubungan. Kalau kau tak boleh nak hadapi semua masalah yang memang tentu-tentu nya wujud, usah berteman ! Usah mengikat janji setia ! Usah mengabdikan diri pada komitmen ! SETAN macam kau ni tak patut wujud. Tuhan ciptakan lelaki untuk menjadi khalifah Nya yang taat dan yang boleh membimbing. Contoh apa kau tunjuk kan pada sekalian alam ? Jijik. Keji. Hanya kerana tidak dapat menahan kemarahan dan baran, orang lain hilang nyawa mati katak. Kau ingat kau sape nak sesuka hati ambil nyawa orang ? Kau Tuhan kah ? Kau pemberi nyawa kah ? Kau siapa ?? Kau setan aku kata.
Nyah kau jantan tak berguna. Lupus lah spesies jenis kau ! Tuhan ciptakan lelaki untuk menjadi ketua kerana lelaki lebih tenang dalam membuat keputusan, bisa mengimbangi antara rasional dan emosi, berbeda dari wanita yang lebih beremosi. Tapi dari sini terbukti kau tidak layak untuk digelar lelaki. Pertumpahan darah cara kau. Mencabut nyawa pilihan kau. Sedih. Simpati aku pada kau yang seperti akan sakit ! Barangkali kau sudah dijangkiti penyakit anjiing gila kerana nyata kau memang hanjeng jalanan yang kurap !
Aku takut. Bila api sudah merasuk jadi seolah-olah hilang akal, hilang pertimbangan, macam-macam bisa terjadi. Tolong. Aku taknak nama aku pula yang terpampang di akhbar menjadi mangsa baran seorang lelaki. Jika ini bakal aku hadapi, tinggalkan aku sekarang. Tolong.
ngeng.

Saturday, April 24, 2010

Stay, I will heal.

We can be sorry for as long as we want to be. We can be sorry for how deep we want it to mean. But we can never undo what we did or say. It's over and done, but the heartache lives on inside.


No matter what I do, I can never take back what I said to Diane on her last days in Malaysia. She might already heal, but the scar lives on. No matter what I do, I can never return Apa back to Gurl or wish I never met him. Gurl might already forgives me, but the heartache lives on. No matter what I do, I can never turn back time and wish I didn't lie to Apa. He might already forgives me, but he will never trust me again.


For all these, I am soooooo very sorry. But it's my fault. I cannot run away from it. I have to face it no matter how painful it is. It might be more severe for them than it is for me. I love you. I will heal. But you being away, won't do anything. I won't be less hurtful.

So just stay. . You've hurt me. It's okay, but don't hurt him too. .








ngeng.

It still hurts.



" I've been der done dat. Sanggop tak sanggop blkg cite. All dis bckstbbg kind of thg always happen in my life. Ditikam n menikam. I've seen what ppl are capable off wen it comes to hvg what dey wnt. Some r da thgs u dun evn imagine cn happen. I've been in this shit 4 SO MANY TIMES. N some of da ppl r da ones u trusted most n never expect dey wud do such thgs to u, but dey did. Dats y i kinda take it series. But if u say no, den i'll keep tellg myself da same thg. "





I knew I shouldn't have keep telling myself anything. .




p/s: I wish this SMS is still in your inbox cause it is still in my sent messages.





ngeng.

Ana usrati !

Ummi wa abi.

Ummi wa abi wa ana.

Ana wa (taktau anak buah in Arab ape)

Ummi wa ana.

Ana wa (lupa kakak dalam Arab ape)




Hari tu makan-makan semua ada tapi tak sempat nak amek gambar dengan semua. Amek dengan mane yang dekat je. Mei ni ke perhentian pula. Doalah aku sempat habis paper by that time !! Amin.






ngeng.

Boyfriend dalam mimpi.

Ba* ! ba * ! Ba* ! Ehh tak ak. Aku memang bengang sangat nih !!


BABI !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Takpe. Kesabaran aku masih ada sekelumit lagi ni. Aku sabar je enn tengok gambar yang kau mms kat aku. Takpe bhai. Kau tahu aku pendendam ! Kua taknak bawak aku tgk dia main tapi kau dok show off kat aku kau dapat ambik gambar dengan dia ! Pante**** !!!! Takpe. Kau wat lek je tengok aku naik kete Honda Accord dia one day nanti. Kau wat lek je bhai !!!!!




Match dengan Penang semalam dia score dua gol ! Aku tengok ulangan bapak cair lah weh !!















Haha ! Aku edit gambar kau bagi nampak Zaquan je !! Kau kira untung gak lah sebab rambut afro kau masih sipi-sipi boleh nampak. HAHAHAHAH. Ni lah gambar wallpaper kat hp aku sekarang. Tidur tak lena makan tak kenyang ! HAHA.
p/s: Lepas aku tunai nazar puasa je teros N9 menang ! :))
ngeng.

Patah tumbuh aku tidak ingin berganti.

Letih. Bila masih menuntut tapi tanggungjawab sudah seperti aku si isteri.
Penat. Bila terasa seperti seorang balu yang terpaksa menjadi ibu dan bapa pada si anak kecil.
Capek. Bila hidup berdua tetapi rasa seperti bersendirian.



Dimana kah hilang nya hak aku sebagai seorang wanita ?
Dimana kah letak nya maruah kau sebagai seorang lelaki ?
Cukup lah.
Tundukkan kepala mu tanda malu, turunkan ego mu tanda bermaruah, kibarkan bendera putih tanda damai.
Aku masih sayang kamu. Kita masih ada sinar. Gilap kan ia, jangan biar pudar.



Mari sayang.




ngeng.

Wednesday, April 21, 2010

Pieces of me.

Final is around the corner. I have less than two weeks to prepare for my Arab and Grammar. I really have to score. Malas dah nak pikir-pikir masalah yang tak masuk akal bagi aku. I've let it go. Tapi aku tak nafi, sekelumit sakit masih ada. Bila teringat, jantung tiba-tiba bagai direntap, dirobek keluar. Tapi aku biarkan saja. Walaupun damai kini, bercantum semula serpihan kaca cermin yang pecah, tapi masih ada kelihatan retaknya. Tapi aku pejamkan mata sahaja karena aku ada benda lain yang masih dan amat perlukan perhatian aku.





Azfar Zahin bin Amzah.


Racun dan madu hidupku. Dia masih perlukan perhatian dariku. Dan aku juga masih perlukan kasih sayang dari dia. Sudah terlalu lama aku abaikan tanggungjawab aku sebagai seorang teman. Aku manusia mudah alpa. Dulu susah senang bersama. Kini kau aku biarkan sahaja. Bercakap tidak menoleh, makan tidak sepinggan, duduk tidak semeja, hati tidak sejiwa. Maafkan aku. Kini aku perlu bangkit dan buka mata. Kita bukan peninggalan sejarah. Kita cerita kehidupan masa kini. Dan aku akan jadikan kebahagiaan yang kita punya, nyata.








ngeng.

Monday, April 19, 2010

I was right all this while.



Pernah dengar tak quotation yang ada cakap





"If you ask a girl is she okay and she answers yes, she's lying " ?









Well I'm not that girl. I admit, I'M NOT OKAY ! Aku tak malu untuk mengaku aku tewas. Tunduk kepala, angkat bendera putih pada pihak lawan. Pihak lawan ?? Maaf, typo di situ. Pihak KAWAN.









...........











Capek. Aku capek nak jawab segala persoalan yang singgah pada aku.







" Phye..kau okay tak ni ? "



" Phye..knp kau macam sedih je ?"



" Phye..knp muka kau cam takde muke je ?"







Phye itu Phye ini..Penat ! Ya aku tak okay. Tak okay langsung. Aku takde semangat. Rasa macam orang yang dah sepuluh tahun bercinta putus di tengah jalan. Rasa macam orang kaya jatuh muflis. Rasa macam ibu mengandung keguguran anak. Rasa macam anak yatim piatu kena pijak. Keseorangan. Gelap. Sorrow.







Kenapa aku rasa macam hanjeng kurap yg disisih masyarakat ni..tak perlu kalian tau. Kalau aku gebangkan, mesti akan ada tawa gelak berdekah-dekah yang tidak berkesudahan. Sama ada sebab munasabab yang kecil tapi aku perbesar kan atau benda bodoh yang tidak masuk akal.





Aku tak peduli, tak kesah kalau si gadis bukan teman rapatku, bukan teman sejiwaku. Tapi aku masih mencuba untuk menerima hakikat yang tidak semua kebahagiaan aku punya. Dalam class Grammar, acap kalinya, aku lah yang paling konon aktif, mendengar kusyuk segala ajaran Miss Hanita, menjawab pantas segala persoalan yang ditanya, menyudahkan segera tugasan yang diberi dan orang pertama yang selalu nya dibenarkan pulang. Tapi bukan hari ini. Aku layu, fikiran tak menentu, hati resah gelisah. Arghhh !! Kenapa di saat final hampir tiba begini sudah nya ? Tidak. Aku sendiri yang salah. Aku patut be a professional. Jangan campur aduk kan hal peribadi dan hal pelajaran.





Loser. What a loser I am.







Aku tidak benci kau. I can't even if I want to. This is not about him what I'm feeling. This is about us. We are still us. There might be a scratch. But we'll work it out.





Kau anggap sajalah kita ni ibarat kepercayaan. TRUST.





"Trust is just like a mirror. We can fix it if it's broken. But we can still see a crack in the reflection"









Don't blame yourself. Ini takdir. Aku pernah cakap, " I'm the rotten one. You are the good girl every good guy dreamed to be with. Who am I to complain rite? Herm."


Turns out... I was right. I knew I was.


ngeng.

Rejection.

Ku tak pernah merasa gundah di hatiku ketika denganmu.
Saat kau kau belai rambutku.
Kau temani aku, kau basuh lukaku.
Kini semua berlalu.
Karena engkau tak memilihku.


Salahkah aku mencintaimu
Walau ku tahu ku tak di hatimu
Egokah aku memilikimu
Walau ku tahu kau tak memilihku


Ku harap Tuhan cabut nyawamu
Agar tak ada yang milikimu


Sadarkah kini ku tak rela
Imanku telah sirna
Mimpiku tak nyata
Kini semua berlalu
Karena engkau tak memilihku.

Egokah aku - WALI

ngeng.


I kill myself for you.





Tak boleh ! Loser. Tewas dengan emosi sendiri. Sakit. Geram. Nak marah tapi tak boleh. Ehh boleh kalau mahu. Tapi fikir....ehh apa aku fikir aku pun tak tahu. Tak nak sebut perkataan tu, takut kalau-kalau di cop perasan "people pleaser"...tapi hakikat nya memang aku tahan letupan yang mendadak dalam diri demi fikir orang lain. Taknak sebut perkataan tu takut kalau-kalau di cop perasan diri tak selfish..tapi hakikat nya memang aku diam diri demi fikir persahabatan.
It's not about him. No ! Aku boleh hidup tanpa the opposite sex. Ramai lah kat luar sana yang boleh aku dapat. Aku still ada Apa. This is totally not about him. This is about respect. Yeah. Kau takkan ngerti. Cause if you do..all this won't happen in the first place..
Takpelah. Mungkin aku pun jenis yang sayang kawan lebih dari sayang yang tersayang sendiri. Aku nak perasan yang ini adalah pengorbanan terbesar aku untuk kau.
ngeng.

Tak gentar la weh !



Kesabaran aku dah tak boleh nak di tahan ni. Menyampah aku dgn Dr Sue ! Plastik ! Harap mekap je lawa. Eleh konon manja, baik, lemah-lembut ! Butoh. Lakonan je semua tu. Ntah ape yang Apa suka sangat denagn lakonan kau tu ! Aku pun boleh laa nak berlakon jadi baik konon aku ni gadis Melayu terakhir ! Tapi aku malas lahh kan. Kang kena cop plastik gak kang. Taknak aku jd fake ! Duhh.


Ahh ! Walaupun hidung ku tak mancung, pipi ku gebu, bontot ku besar, kulit ku tak putih, tapi aku for real ! Duhh. Dah dah lah tue angau Dr Sue. Bukan kau akan dapat pun minah ni Apa oii !











Takpe. Kau nak jugak Dr Sue tu ? Gadis pujaan kau yea? Alah aku tak heran lah. Ni haa...aku pun ada jejaka idaman aku ! Mohd Zaquan Adha ! Handsome, kacak, hitam manis, bergaya, mutu, keunggulan !! Huh. Setakat Dr. Sue kau....peeeeegi lah !! Haha !













ngeng.

I refuse your denial.







Sepi. Kini aku sendiri. Hilang bahu untuk mengadu. Bukan satu, tapi dua. Sedih. Ingin menangis, patut kah aku ? Seolah-olah meratapi sesuatu yang hakikinya bukan milik ku. Aku tidak ditipu. Tapi mengapa aku rasa begitu ? Mata jadi kuyu. Bukan mengantuk, bukan tiada mood. Tapi menahan dari air mata keguguran.


*Hati sudah banjir dengan air mata*


Aku mengerti kau masih berduka kerna yang lama. Barangkali, dia tempat kau bermanja kasih. Tapi apa ertinya ?


Aku ingin kelihatan tenang. Nyata aku tewas. Emosi seakan-akan merasuk aku, hilang segala rasional. Terasa ingin cepat beredar khuatir kalau-kalau wajah ini membongkar segala apa yang aku rasa. Aku enggan menzahirkan apa yang terbuku kini di dalam hati. Kepura-puraan terpaksa aku lakonkan demi mengelakkan ketegangan.


*melutut lemah*


Aku akur. Aku mengalah. Kita sahabat. Kalian tidak !



*cukup ! *


Tidak perlu penafian. Aku jelik mahu dengar. Cukup dengan apa aku lihat, cukup dengan apa yang aku eja pertuturan abjadnya. Aku tidak marah. Aku redha. Aku sedar siapa aku. Izinkan aku untuk mengundur diri, membenarkan kalian mengecapi kebahagiaan yang kalian punya. Jangan risau tentang aku. Melihat kalian bahagia sudah cukup bagiku. Aku tidak ingin menumpang kasih. Aku sedar aku punya kasih sendiri yang patut aku hargai.



Aku mampu untuk pura-pura. Pura-pura apa ? Pura-pura menerima walaupun hakikatnya, aku sendiri yang terasa. Tidak, aku bukan people pleaser. Aku cuma enggan mengambil sesuatu yang bukan aku punya.










ngeng.

Numb.






*sunyi*



..........




Mata.... jelas melihat yang terpampang.
Bibir..... membeku enggan tersalah kata.
Minda..... kacau bilau harunya.



Hati..... terlalu KEBAS untuk merasa apa-apa.






Pergilah engkau. Aku redha. Ini bukan tempatku. Hatinya bukan milik ku.




ngeng.

Sunday, April 18, 2010

Not my fairytale.

I lied to Apa. I went somewhere he'll never let me went to without telling him. And I don't know why, for some reason, I felt guilty. So I told him the truth this morning. Was I stupid ?


I remembered what Diane once told me.


" Jangan admit apa-apa even dah kantoi macam mane pon, just deny it "


(Don't get her wrong boo. Die cakap it generally. Not specifically about you )


Tapi entah kenapa hati tak tenang. Apa putus hubungan. Hati hancur berkecai. Kalau ini terjadi tatkala hati masih kering, mungkin aku tak peduli. Kali ini, lain cerita nya. Hati jadi sembilu, lidah membeku, fikiran mula tak menentu. Aku sayang dia. Ya. Aku pasti ini alasan nya kenapa aku mula menyeka-nyeka mata seperti wiper kereta menyeka air hujan yang tidak berhenti mencurah-curah menghentam tingkap.


Aku cinta dia.


Maafkan aku. Lupakan yang lama, mula hidup baru. Senang sungguh kata permintaan aku. Payah untuk kau lakukan. Tidak setimpal dengan perilaku aku yang berdosa pada kau. Tapi kau akur.. kerna kau masih sayang pada aku.


Layak kah aku mendapat kemaafan dari kau ?


Tidak.


Dan aku juga tidak layak lagi untuk bersama kau. Aku sayang kau. Kau sayang aku. Tapi adakah sayang mencukupi untuk meneruskan perhubungan yang nyata retak ? Aku sentiasa berharap keadaan akan pulih. Kita akan bahagia seperti dalam cerita dongeng dimana di penghujung nya wajib "happily ever after"..


Tapi aku bukan cinderella. Kau bukan prince charming. " happily ever after" bukan milik kita. Itu kenyataannya.




ngeng.

Friday, April 16, 2010

An email from my father to all of us.

Aku dapat ini dari email yang bapa aku forwardkan. Aku terus ambil ke pengisian penting cerita ini. Harap dapat jadi tauladan dan pengajaran kepada kita semua. Baca. Dan fahami.


Cerita ini tentang ceramah agama yang disampaikan oleh Tuan Guru Haji Mohd Baqi Osman. Ianya tentang titian As Sirat. Jambatan yang merentangi neraka menuju ke syurga itu bersifat fleksibel. Ia boleh membesar, mengecil, memanjang dan memendek mengikut kumpulan yang akan melintasinya. Jika dia orang beriman, tentulah ia akan melebar dan memendek. Manakala bagi orang kafir, ia akan memanjang dan mengecil. Antara yang akan berarak menuju ke syurga ialah kaabah. Malaikat datang membawa perintah Allah kepada kaabah yang dihias indah pada hari tu supaya bergerak menuju ke syurga. Yang menghairankan, walaupun kaabah tahu itu perintah Allah, namun ia enggan bergerak. Lalu malaikat bertanya kenapa enggan bergerak ke syurga ? Kaabah menjawab bahawa ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan jika diiringi oleh setiap manusia ytang pernah tawaf disekeliling nya.


Lalu malaikat mengumpulkan semua yang pernah tawaf untuk mengiringi kaabah ke syurga. Kaabah terus mendiamkan diri tidak mahu bergerak.

Malaikat tanya lagi kenapa tak mahu bergerak ?

Kaabah menjawab ada lagi beberapa orang yang tidak hadir.

Apabila diperiksa, rupa-rupanya orang-orang berkenaan telah dilemparkan ke neraka kerana kesalahan yang pernah dilakukan ketika di dunia.

Malaikat memaklumkan bahawa orang-orang berkenaan adalah mereka yang berdosa dan perlu diseksa di neraka.

Kaabah berkata ia tidak peduli bahawa orang-orang itu berdosa atau tidak. Yang penting ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan diiringi oleh semua orang yang pernah tawaf di sekelilingnya.


Malaikat mengadu kepada Allah tentang hal yang berlaku. Allah yang Maha Pengampun dan Maha Pengasihani terus mengisytiharkan bahawa orang-orang itu telah diampunkan dosa mereka. Mereka lantas dibawa keluar daripada neraka dan mengiringi kaabah menuju ke syurga....





Betapa adil nya Allah S.W.T..Dia yang Maha Berkuasa yang menentukan segalanya. Pada pembaca, jangan pulak korang ambil pengajaran dari cerita ni dengan menganggap.."ohh aku pernah tawaf kaabah, takpelah aku confrim masuk syurga.Tak payah beribadah pada Allah "
Tidak. Hanya orang yang berfikiran cetek yang akan berkata begitu. Herm. Iktibar untuk kita semua...





ngeng.

My instinct says I might be a fool.

Sakit hati bila terasa diri di belakangi. Perasaan dan naluri seorang perempuan tidak boleh ditandingi dengan mana mana perasaan pun yang wujud di duniawi ini.


Mungkin kah betul apa kata hati ku ?
Mungkin kah betul apa firasat ku ?


Apa tujuan kau mengajak aku dan dia bersama meluang masa ? Adakah untuk memberitahu ku sesuatu yang bakal mengguris perasaan ? Pada mulanya aku diam walau hati sangsi.


Kawan. Atau mungkin sahabat ? Di dunia ini, tidak ada yang tidak pahit. Walau manis menggula mana pun, masih akan ada sekelumit pahit yang terpaksa ditelan. Dan aku lebih rela menelan kepahitan kebenaran daripada menelan kepahitan penipuan. Jika kau fikir dengan mendiamkan diri, membelakangi aku dan fikir aku tidak akan dapat tahu, kau ternyata masih belum kenal aku sbg kawan mu. Aku sangkakan kau sahabat ku, kau kenal aku. Sayang....mungkin aku salah.


Mungkin memang benar kau dan dia tiada hubungan seperti yang aku gebangkan. Mungkin benar apa dia dan kau, adalah dia dan aku. Tapi...ini antara kita dua orang wanita...


"adakah kau punyai perasaan yang menyentuh pada si dia ?"


Jujur pada aku. Jika benar, sakit aku rasai, ya aku tidak tipu. Tapi lagi pedih kalau kau berdiam diri merahsiakan nya dari aku.


Tolong lah jangan biar kan aku bermain teka teki dengan segala apa yang kau paparkan. Terasa amat membunuh.

Dulu...ada seorang kawan mengatakan ini...


"eventhough that something is not mine..but you know i'm into that something..why should you bother ? "


Aku tak paham mengapa harus dia katakan ini. Tapi sekarang... mungkin aku paham. Kau sahabat aku. Aku masih boleh menerima kerana aku sedar hakikat...bahwa si dia bukan milik ku. Siapa aku untuk menghalang perasaan yang mungkin membawa kebahagiaan pada diri kau. Aku tidak ingin meragut kebahagiaan yang kau punya...


Tapi hanya satu pintaku..walau bagaimana perit nya...kejujuran hanya mahu ku.



p/s: Tak. Aku tak suka dia. Aku ada Apa..kekasih hati aku. Herm..ya, betul.



ngeng.

Wednesday, April 14, 2010

Manutd FREAK !

HAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHHAHAHA !!!



Okay dah habis gelak. OMG ! Meh mari meh.. to all MANCHESTER UUUUUNITED fans , anda dialu-alukan mengusha blog abang ipar aku yang memang sejak azali MU kipas susah mati di..





HAHA. Pelik sungguh. Sejak bile abg cepul terbukak hati nak ada blog ? Kata nya Along dah penat dgr dia dok bebel sal MU je. Haha. Abg ipar aku ni mmg gile MU. Semua barang MU die ade. Sampaikan ke laptop pun ade logo MU. Birthday anak dia si Zafran pun dah macam theme MU (padahal theme dia soccer!)... Haa jom kita tengok apa yang die nak bebel kat blog dia tu. Boleh lawan ke dgn blog Ija ? HAHA.




ngeng.

Nazar puasa utk N9 !

Aduh aduh aduh. Nak tau something tak. Aku nazar akan puasa sehari dalam bulan ni jugak kalau..........




NEGERI SEMBILAN MENANG F.A CUP !!!



Haa amek kau! Puasa ganti pun terkentot kentot aku nak ganti, ini kan plakk puasa nazar utk kampung terchenta ku. Haa kalau kalau ada players N9 yang terbaca blog aku ni kann..( mintak2 lah Zaquan...mmg aku nazar puasa 3 hari 3 mlm).. haa appreciate lah sikit pengorbanan aku yang bakal aku langsungkan esok ni yee..insyaAllah. Bangga sikit dapat supporters baru yg bersemangat kental ni.




Puasa puasa puasa...




p/s: aku saje nak puasa esok sbb esok kuar dgn Apa, nak soh dia belanja berbuka. MUAHAHA !!





ngeng.

Anonymous.

To another girl yang text aku hari ni cakap "salah I ke" ??


No babe..You have done nothing wrong. Infact, you did the best you could. Maybe he has his own reason for such behaviour. Just stop blaming yourself and the exact same thing I told Dayang at my previous post, get up and bounce back ! You said you don't wanna think bout it rite ? Okayy good.


But if I were you, I would have asked him and talk things through. So that I won't be puzzled why he did that to me. I must know the reason why. But it's up to you. If silency is your best policy, then it's entirely up to you. Just don't mourne too much kay. MAYBE...just maybe..he doesn't deserve your mourning.



Take care, love.



ngeng.

Dayang !

Dayang..so much hate in you! What's up babe ? Tercungap cungap aku bace blog kau dok maki hamun mamat tu. Haih... aku paham weh perasaan kau. Why not instead of letting it out in blog, you just let it out in front of him ? Baru kau puas hati macam tu. Baru kau boleh rasa hidup. Takmo ah miserable miserable yang...


Aku tau kau dah get over him. (maybe)..All that's left hanya lah perasaan benci yang amat. Kau nak dia rasa sakit cane kau rasa. Tapi kau ingat tak kau penah cakap kat aku, dia takkan rasa. No matter what we do, lelaki mmg takkan rasa sakit macam mane kita rasa. Infact, the more we try, the more stupid we look.


No no no ! Aku nak kau bangun and bounce back ! Biar ape die nak buat pun. Nak buang tag photos kau ? Nak tipu kau ? Nak konon still be friends dgn kau ? Bullshit semua tu. Kau kena pikir...skrg kau boleh buat apa saja kau tak boleh buat masa kau dgn die. So kau bangun, go do something and achieve the ultimate !! And when you succeed, toss it infront of his face. Let him know what he's missing.


I don't like all the hatred you are showing right now. Dayang I used to know was a very sweet and polite girl ala ala perempuan melayu terakhir. Infact, you are the only kawan perempuan aku yang macam tu. Yang tak mencarut, yang tak easily hate people, yang tau consider, yang cakap sopan santun tak terpekik pekik mcm kompang, yang senyum tersipu-sipu, yang duduk bersimpuh tak terkangkang...semua yang sangat opposite aku lah !


Babe.. bangun ! Kau comel (ye aku katakan dgn ikhlas ni. sekali ni je !), kau putih gebu ala ala cik mek molek kelate gituh , kau senyum manis. Lelaki tertarik dgn kau tanpa perlu nak dedah sana sini. Screw him for he doesn't know how to value God's gift.



You'll do great. Trust me, I know.



ngeng.

Sunday, April 11, 2010

Hobin jang hobin !

Haa panjang cerita aku dalam post ni rasa nya. Around 4 something Apa msg cakap die nak drive pergi BJ. Ouh baru teringat ada Final F.A Cup between N9 and Kedah. Mula-mula merajuk dgn Apa konon tak ajak. Pastu dia cakap jom lah tapi datang pakai baju kuning. Haa dah mmg aku tanah tumpah di nogori, kat surat beranak tertulis P.O.B kat Hospital Besar Seremban, so den pun mmg kompem lah penyokong nogori !





Mintak izin Umi, nasib baik dia bagi. Mula mula dia nak ikot tapi sebab ada drama malam tu, dia kata duduk umah tgk tv makan kuaci lg best. Haa suka hati lah Umi. So siap siap, around 5.30 gerak gi BJ naik lrt. Nasib baik tak ramai orang macam time MU dulu. Nak naik lrt pun tak dapat. Jumpa mamat tu kat tepi beli tiket, wah rupa die dah serupa macam badut sarkas !! Aku dah lah mmg fobia clown. Tapi nasib baik kau comel sayang.





Pastu jalan-jalan lahh dulu beli T-shirt. Game kan start pukul 8.45 so banyak masa lagi. Aku beli satu Tshirt N9 rm25 je. Bajet tak banyak bhaii. Nak tengok bola bukan nak shopping pun. So setelah puas si Udin dok menyakat aku, kitorang pun masok lah duduk kat depan sekali. Ramai lah membe membe Apa semua duduk sama. Kat hujung depan tu sikit adik Apa, si Arep duduk. Aku dok tengok je muka Arep tu. Saling tak tumpah macam Apa. Memang cam kembar siam gile ! Hidung mancung, kulit gelap, dagu panjang, janggut kambing. Haha ! Yang si Apa dah ade geng baru. Sampai sampai je dah buat geng dgn 3 org budak yang dok depan kitorang. Dah lah sorang tu jongang haa. Kelakar betol. Sian anak orang si Apa dok godek godek !





So..first half Kedah gol. Aduhh seram nye. Banyak kali N9 hampir nak gol tapi tak gol gol gak ! Pastu nogori plak gol !!!! Haha. Si Apa dah menari nari atas kerusi. Yang lain dah peluk peluk cam orang gile. Memang lega gile N9 gol !tapi game mmg sengit. Even extra time pun takde gak gol. Keeper Kedah cekap betol. Tapi padan muka nak sangat sepak penalty gak, tak gol ! Masa penalty, aku tak sgop nak tengok. Last dua gol tu je aku tengok ! Alhamdulillah N9 menang !!! Ohh havoc gile masa tuu !! Macam nak pecah gegendang telinga aku dgn orang jerit jerit, bunyi horn sana sini. Si Apa dah bukak baju ! Woi tahu lah body kau tonggek hot ! Tak payah lahh nak belanja org lain sgt !





So kitorang stay sampai dorang arak piala tu. Mak aih aku tgk Zaquan depan depan mata aku je weh !! Tak tahan aku tgk !! Tapi dia tak bergambar sgt. Tak tahu lah kenapa. Moody semacam je..maybe frust kot cause penalty dia tak gol. Dah lah dia first person. Takpelah yang...I tetap ada sini haa. Ada game lain kann ?? HAHA. Masa players dok arak piala, ade lah players yang dok baling bagi jersey and boots dorang. Bapak best. Kalau lah aku dapat ! Especially yang Zaquan punya. Dah lah kaler pink !!! Auuw ..!


All in all, it was a great experience for me. First time tengok bole sama sama Apa. Nanti dah kahwin kita bawak anak kita okayy ? haha. On the way nak balik tu aku usha usha lah tempat seat kitorang takot tertinggal barang. Then Apa cakap..ada, tertinggal kenangan...haha ! Aku sampai umah around 2 am. Sumpah bapak penat. Tak capture byk gmbar sangat. Yang banyak pun gambar aku dgn Apa jelahh. Gambar orang lain kang nak amek takot Apa marah. Hehe.


Hobin Jang Hobin !!









Badut sarkas ! :p
Apa kata gmbr aku yang ni sweet !

Angin tu bhaii !



Sehati sejiwa konon. Liverpool+N9= Aphye



Comel lah tuu.

Nogori bhaii ! :))

I love you boo.

Tungkik !

Aku hodoh dalam comel.
Peluh peluh !
Uikk ??

Ni masa dah menang !

Hobin jang hobin !!!

Ni membe Apa semangat haa nogori menang !

Cuba spot mane Zaquan ?? :)))

Tarian bogel dah dorang ni.

Havoc dah menang !

Ni lahh haa geng baru Apa. Yang si jongang dah kat depan sorak players !








ngeng.