Friday, April 16, 2010

My instinct says I might be a fool.

Sakit hati bila terasa diri di belakangi. Perasaan dan naluri seorang perempuan tidak boleh ditandingi dengan mana mana perasaan pun yang wujud di duniawi ini.


Mungkin kah betul apa kata hati ku ?
Mungkin kah betul apa firasat ku ?


Apa tujuan kau mengajak aku dan dia bersama meluang masa ? Adakah untuk memberitahu ku sesuatu yang bakal mengguris perasaan ? Pada mulanya aku diam walau hati sangsi.


Kawan. Atau mungkin sahabat ? Di dunia ini, tidak ada yang tidak pahit. Walau manis menggula mana pun, masih akan ada sekelumit pahit yang terpaksa ditelan. Dan aku lebih rela menelan kepahitan kebenaran daripada menelan kepahitan penipuan. Jika kau fikir dengan mendiamkan diri, membelakangi aku dan fikir aku tidak akan dapat tahu, kau ternyata masih belum kenal aku sbg kawan mu. Aku sangkakan kau sahabat ku, kau kenal aku. Sayang....mungkin aku salah.


Mungkin memang benar kau dan dia tiada hubungan seperti yang aku gebangkan. Mungkin benar apa dia dan kau, adalah dia dan aku. Tapi...ini antara kita dua orang wanita...


"adakah kau punyai perasaan yang menyentuh pada si dia ?"


Jujur pada aku. Jika benar, sakit aku rasai, ya aku tidak tipu. Tapi lagi pedih kalau kau berdiam diri merahsiakan nya dari aku.


Tolong lah jangan biar kan aku bermain teka teki dengan segala apa yang kau paparkan. Terasa amat membunuh.

Dulu...ada seorang kawan mengatakan ini...


"eventhough that something is not mine..but you know i'm into that something..why should you bother ? "


Aku tak paham mengapa harus dia katakan ini. Tapi sekarang... mungkin aku paham. Kau sahabat aku. Aku masih boleh menerima kerana aku sedar hakikat...bahwa si dia bukan milik ku. Siapa aku untuk menghalang perasaan yang mungkin membawa kebahagiaan pada diri kau. Aku tidak ingin meragut kebahagiaan yang kau punya...


Tapi hanya satu pintaku..walau bagaimana perit nya...kejujuran hanya mahu ku.



p/s: Tak. Aku tak suka dia. Aku ada Apa..kekasih hati aku. Herm..ya, betul.



ngeng.

No comments:

Post a Comment