Friday, April 30, 2010

Lagi post marah.

Masa dinner tadi, sedang enak aku melantak rezeki yang melimpah-limpah di atas meja, aku terdengar soundtrack lagu drama "Aliff Haikal" (ehh betul ke tajuk cite tu ? tak egt lahh) di tempat tv yang berada berhampiran dengan meja makan.


Potong ! Ahh. Patah selera aku nak makan. Rasa loya nak termuntah. Sumpah ! Bukan kerana drama tersebut. Tapi kerana teringatkan kali pertama aku berjumpa dengan si penipu , drama inilah yang kami tonton bersama. Teringat muka si penipu. Arghh bencinya. Hendak saja aku simbah mukanya dengan asid getah biar jadi hodoh sedondon dengan perangai jijiknya !



Ahh. Aku yang bodoh. Sabar Phye. Terima hakikat aku diperbodoh.



Walaupun antara kami tiada apa-apa dan sudah lama berlalu, tapi dengan berita yang aku dapat, dan tiada sebarang perkataan maaf keluar dari mulutnya, membuatkan aku rasa dia ni memang hanjeng palat yang macam gampang ! * Haa kan dah keluar macam macam dari mulut aku ni.




*Mengucap




Sabar phye. Allah itu Maha Adil.




Simpati. Kasihan. Pada si bakal bini. Apalah dosa kau berlaki kan setan seperti dia. Hendak saja aku beritahu si bakal bini, kasihan dia ditipu bulat-bulat. Tapi kerana persahabatan aku dengan sekeliling, aku terpaksa diamkan saja. Tidak mengapa, bukan hari ini, esok lusa ada lagi. Aku hanya menunggu peluang. Dan percaya cakap aku, bila si penipu katakan "I tak macam tu lah u. I baik. U tak caya tanya dorang semua"....



Semua pun angguk-angguk akur tapi dalam hati geleng-geleng, hendak beritahu tapi tak terkeluar kata. Akur kerana apa ? Mungkin atas dasar hormat. Tapi bagi aku atas dasar takut. Aku tahu kerana aku pun begitu.


Shit !




ngeng.

No comments:

Post a Comment