Sunday, April 25, 2010

Kejam !


Apa besar sangat ke dosa bini kau sampai kau tergamak nak bunuh dia ? Pertengkaran, selisih faham, cemburu semua tu lazim dalam perhubungan. Kalau kau tak boleh nak hadapi semua masalah yang memang tentu-tentu nya wujud, usah berteman ! Usah mengikat janji setia ! Usah mengabdikan diri pada komitmen ! SETAN macam kau ni tak patut wujud. Tuhan ciptakan lelaki untuk menjadi khalifah Nya yang taat dan yang boleh membimbing. Contoh apa kau tunjuk kan pada sekalian alam ? Jijik. Keji. Hanya kerana tidak dapat menahan kemarahan dan baran, orang lain hilang nyawa mati katak. Kau ingat kau sape nak sesuka hati ambil nyawa orang ? Kau Tuhan kah ? Kau pemberi nyawa kah ? Kau siapa ?? Kau setan aku kata.
Nyah kau jantan tak berguna. Lupus lah spesies jenis kau ! Tuhan ciptakan lelaki untuk menjadi ketua kerana lelaki lebih tenang dalam membuat keputusan, bisa mengimbangi antara rasional dan emosi, berbeda dari wanita yang lebih beremosi. Tapi dari sini terbukti kau tidak layak untuk digelar lelaki. Pertumpahan darah cara kau. Mencabut nyawa pilihan kau. Sedih. Simpati aku pada kau yang seperti akan sakit ! Barangkali kau sudah dijangkiti penyakit anjiing gila kerana nyata kau memang hanjeng jalanan yang kurap !
Aku takut. Bila api sudah merasuk jadi seolah-olah hilang akal, hilang pertimbangan, macam-macam bisa terjadi. Tolong. Aku taknak nama aku pula yang terpampang di akhbar menjadi mangsa baran seorang lelaki. Jika ini bakal aku hadapi, tinggalkan aku sekarang. Tolong.
ngeng.

No comments:

Post a Comment