Tuesday, April 27, 2010

Wan Muhd Khairul Syafiq.

Apabila seorang teman yang aku anggap di antara mereka yang paling aku percaya dan sayangi mangatakan ini pada aku...


"Aku taktau nak cakap cane dgn kau. Aku dgn kau skrg...dah lain tau Phye. Kita skrg dah bukan kawan..."


Tersentap. Terdiam. Membisu seketika tidak tahu mahu berkata apa. Aku menanti dgn sabar alasan apakah yang membuatkan kita bukan lagi kawan.


Paaaap ! Sudah ku jangka. Ada lagi hal yang kau terasa dengan aku tanpa aku sendiri ketahui. Hati menahan sebak, mata menahan air jernih dari keguguran.


Sejak kau tiada, acapkali aku katakan pada ramai aku amat rindu pada kau. Rindu pada gurauan manja kau yang suka menyakat. Rindu untuk meluangkan masa bersama kau. Rindu hendak tak kering gusi dengan kau. Malah pernah aku call kau tanya bila lagi boleh ketemu. Kau kata kau sibuk bekerja, mungkin bila ada masa, pasti ketemu jua. Suatu hari, aku mendengar khabar bahwa kau berada sejengka dari aku. Aku text kau knp tak beritahu ? Kau diam. Tapi di handphone ku tertulis "message delivered".... Tidak mengapa lah. Mungkin kau sibuk mengurus sesuatu hal. Aku faham.


Berminggu tiada sebarang khabar dari kau. Dan semalam... bila akhir nya berkesempatan mendengar suara kau, ku harapkan kegembiraan tapi nyata berita buruk yang aku dapat. Aku tidak salahkan kau. Tidak. Jangan salah anggap maksudku. Aku hanya menyatakan kesedihan aku mengapa begini jadinya antara kita ? Kau kawan aku. Aku kawan kau. Pernah suatu ketika, aku sangat bangga dan berbesar hati bila kau katakan padaku bahawa aku kau anggap kawan baik. Kau selalu ada untuk aku. Dan aku sentiasa cuba berada untuk kau. Kau hero aku. Sumpah aku tak tipu. Aku sayang kau. Aku sedih kita jadi begini.


Maafkan aku Wan. Mungkin ada aku terkasar bahasa di post yang kau maksudkan. Tapi sumpah, niat aku hanya untuk memberi semangat pada dia. Tidak terlintas langsung untuk memihak pada sesiapa atau untuk memburukkan kau. Kau kata aku patut ambil jalan tengah. Aku rasa sudah aku lakukan. Maafkan aku jika kau rasa masih tidak mencukupi.


Aku banyak bagi masalah pada kau sejak mula kita kenal sampai sekarang. Aku malu dengan kau. Tak tahu mana lagi aku nak letak muka ini. Aku malu dengan semua orang. Semua yang berada di lingkungan kita. Wan, aku tunggu kau datang. Seperti yang kau janjikan pada aku. Aku tunggu. Walaupun aku malu untuk berhadapan dengan kau, tapi ku kira banyak hal yang perlu diselesaikan demi menjernihkan perselisihan faham antara kita, aku tunggu..





ngeng.

No comments:

Post a Comment