Friday, April 16, 2010

An email from my father to all of us.

Aku dapat ini dari email yang bapa aku forwardkan. Aku terus ambil ke pengisian penting cerita ini. Harap dapat jadi tauladan dan pengajaran kepada kita semua. Baca. Dan fahami.


Cerita ini tentang ceramah agama yang disampaikan oleh Tuan Guru Haji Mohd Baqi Osman. Ianya tentang titian As Sirat. Jambatan yang merentangi neraka menuju ke syurga itu bersifat fleksibel. Ia boleh membesar, mengecil, memanjang dan memendek mengikut kumpulan yang akan melintasinya. Jika dia orang beriman, tentulah ia akan melebar dan memendek. Manakala bagi orang kafir, ia akan memanjang dan mengecil. Antara yang akan berarak menuju ke syurga ialah kaabah. Malaikat datang membawa perintah Allah kepada kaabah yang dihias indah pada hari tu supaya bergerak menuju ke syurga. Yang menghairankan, walaupun kaabah tahu itu perintah Allah, namun ia enggan bergerak. Lalu malaikat bertanya kenapa enggan bergerak ke syurga ? Kaabah menjawab bahawa ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan jika diiringi oleh setiap manusia ytang pernah tawaf disekeliling nya.


Lalu malaikat mengumpulkan semua yang pernah tawaf untuk mengiringi kaabah ke syurga. Kaabah terus mendiamkan diri tidak mahu bergerak.

Malaikat tanya lagi kenapa tak mahu bergerak ?

Kaabah menjawab ada lagi beberapa orang yang tidak hadir.

Apabila diperiksa, rupa-rupanya orang-orang berkenaan telah dilemparkan ke neraka kerana kesalahan yang pernah dilakukan ketika di dunia.

Malaikat memaklumkan bahawa orang-orang berkenaan adalah mereka yang berdosa dan perlu diseksa di neraka.

Kaabah berkata ia tidak peduli bahawa orang-orang itu berdosa atau tidak. Yang penting ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan diiringi oleh semua orang yang pernah tawaf di sekelilingnya.


Malaikat mengadu kepada Allah tentang hal yang berlaku. Allah yang Maha Pengampun dan Maha Pengasihani terus mengisytiharkan bahawa orang-orang itu telah diampunkan dosa mereka. Mereka lantas dibawa keluar daripada neraka dan mengiringi kaabah menuju ke syurga....





Betapa adil nya Allah S.W.T..Dia yang Maha Berkuasa yang menentukan segalanya. Pada pembaca, jangan pulak korang ambil pengajaran dari cerita ni dengan menganggap.."ohh aku pernah tawaf kaabah, takpelah aku confrim masuk syurga.Tak payah beribadah pada Allah "
Tidak. Hanya orang yang berfikiran cetek yang akan berkata begitu. Herm. Iktibar untuk kita semua...





ngeng.

1 comment:

  1. good tatapan for us...tp,eden nak bgtau ekau ni yg nogori kalah mlm ni...3-1 tu ngan kelate...apo kona aih,konon champion FA cup...tu la,eden dah kato,champion pun champion penalti jo...patut la kawan2 eden yg duk nogori,YG BR NAK CLAIM LAHIR KAT NOGORI sumo sonyap jo...k la.babai....

    ReplyDelete